Arvin Di Kantin Sekolah Baharu

Arvin seorang pelajar di Sekolah Menengah Ketari. Dia baru menjejakkan kaki di sekolah itu. Dia pelajar tingkatan satu.

Pada minggu pertama di sekolah itu, mereka tidak belajar. Ada orientasi di sekolah baharunya. Arvin sangat gembira pada minggu itu.

Setiap hari, Arvin akan membawa bekal dari rumah untuk makan pada waktu rehat. Pada hari Khamis, Arvin terlupa untuk membawa bekal. Nasib baik, di kocek seluarnya ada lima ringgit.

Arvin beratur di kantin pada waktu rehat bersama pelajar-pelajar lain. Mereka berebut meminta makanan daripada mak cik yang menjual makanan. Makanan kantin di kantin sekolah itu sangat sedap.

Bila Apabila tiba giliran Arwin Arvin, dia meminta nasi lemak.

“Mak cik, saya nak nasi lemak ayam dengan telur, boleh?”

Arvin mengambil wang lima ringgit dari kocek seluarnya.

“Nah mak cik, lima ringgit.”

“Haa, mana cukup? Nasi lemak dua ringgit lima puluh sen, ayam dua ringgit lima puluh sen dan telur dua ringgit. Jadi jumlahnya tujuh ringgit.”

“Haa … tujuh ringgit?”

“Yalah. Awak ingat ini sekolah rendah?”

“Maaf, mak cik, saya tak tahu harga. Boleh tak kalau saya bayar esok, baki dua ringgit itu?”

“Hmm, yalah. Bayar lima ringgit dulu. Esok baru bayar baki dua ringgit itu.”

“Ya, makcik mak cik. Terima kasih.”

Arvin mengambil nasi lemak itu dan makan. Ya, sungguh sedap, katanya dalam hatinya.

Sebaik sahaja dia pulang dari sekolah, Arvin terus memberitahu kepada ibu pasal kejadian di kantin pada waktu rehat tadi.

Ibu Arvin pun memberi dua ringgit kepada Arvin untuk pulangkan duit membayar hutang kepada mak cik di kantin.

Pada keesokannya …

“Nah, makcik mak cik, baki wang semalam.”

“Terima kasih.”

“Sama-sama. Bye makcik.”

Bye!

Arvin masuk ke kelas dengan penuh rasa gembira setelah dapat melangsaikan hutang kepada pulangkan duit mak cik di kantin. Mulai hari itu, Arvin bertekad tidak akan mengulang kesilapan tersebut.

[Theshvinaa Therressa Puvanadasan merupakan pelajar Tingkatan Satu Sukses di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketari, Bentong, Pahang. Theshvinaa suka membaca buku cerita dan suka berlakon. Dia menghadiri sesi kefahaman, pembacaan, dan penulisan yang dianjurkan oleh Kavyan setiap minggu di Taman Gemilang, Bentong.]