Puisi: Rahsia


Rahsia

jangan dikongsi

jangan ditulis

rahsia hanya selamat denganmu

kalau dikongsi, itu bukanlah rahsia

kalau ditulis bukan lagi rahsia

dengan insan paling rapat

juga bukan rahsia

rahsia hanyalah dengan dirimu

bukanlah rahsia kalau sudah diketahui

rahsiamu masih rahsia?

 

* * * * *

Mahu mengirim karya ke portal Sastera Kavyan? Baca panduan dan syarat [di sini].

[Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor dan merupakan jurulatih yoga terlatih dan mendapat pengiktirafan daripada Sakthi School of Yoga, Malaysia. Karya beliau termuat dalam Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), Peluru Aksara (2020), Lakaran Diri (2022) dan Seruling Malam (2024). Puisi bahasa Inggeris terbaharu beliau termuat dalam ALS NaPoWriMo (2025). Karya-karya Anuradha juga boleh dibaca di Eksentrika dan Sastera Kavyan. Baca: Biodata penuh]

Ulasan