Panduan Mengirim Karya


1. Portal ini khusus bagi menyiarkan karya Sasterawan Kavyan iaitu individu kaum India yang mahu menghasilkan karya Bahasa Malaysia. Penulis baharu dan lama, muda dan dewasa, berpengalaman dan belum berpengalaman dialu-alukan.

Sajak (maksimum 40 baris)

Esei (sekitar 200 - 600 perkataan)

Cerpen (sekitar 200 - 600 perkataan)

Ulasan (sekitar 200 - 600 perkataan)

Pengalaman (sekitar 200 - 600 perkataan)

Wawancara (sekitar 400 - 600 perkataan)

Variasi (bahan lain yang dicadangkan oleh penulis)

Nota: Karya melebihi 600 perkataan juga diterima, dengan syarat tidak ada kesalahan bahasa. Jika ada kesalahan bahasa, maka hanya sekitar 600 perkataan terawal akan disiarkan di portal tanpa sebarang penyuntingan.

2. Karya mestilah asli dan belum tersiar di mana-mana.

3. Hanya karya yang sesuai dan layak akan dinilai untuk siaran.

4. Penulis digalakkan berbincang dahulu dengan pihak editorial sebelum mengirim karya.

5. Karya akan disiarkan di portal ini dengan suntingan minimum. Bermula 15 Mei 2024, karya disiarkan tanpa sebarang penyuntingan. Hanya karya penulis baharu akan disunting secara minimum untuk siaran.

Nota: Tarikh akhir mengirim karya ialah pada 27 haribulan setiap bulan. Contoh: Jika mahu karya disiarkan pada Januari 2026, pastikan karya dikirim selewat-lewatnya pada 27 Disember 2025 (10:00 malam). Jika karya dikirim selepas tarikh dan masa itu, maka hanya akan dinilai bagi siaran pada bulan seterusnya (Februari 2026).

6. Hak cipta karya dipegang oleh penulis.

7. Penulis boleh mengirim karya sama ke tempat lain selepas tempoh 30 hari disiarkan di portal ini, tetapi wajib menyatakan di hujung karya bahawa karya berkenaan mula-mula disiarkan di portal Sastera Kavyan.

8. Tidak ada sebarang bayaran atau honorarium.

9. Karya perlu ditaip langkau dua (double spacing) menggunakan Microsoft Word. Puisi boleh ditaip langkau satu (single spacing). Gunakan fon Arial atau Times New Roman.

10. Pada hujung setiap karya, wajib disertakan biodata terkini (sekitar 50–100 perkataan sahaja). Biodata perlu disertakan bagi setiap karya. Biodata ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. [contoh biodata]

11. Foto profil penulis perlu dikirim secara lampiran (attachment) dan bukan dimasukkan dalam manuskrip karya atau biodata. Amat digalakkan mengirim foto profil baharu bagi setiap karya. Jika tidak, foto lama akan digunakan dan tidak boleh minta diubah.

12. Penulis perlu mengirim minimum satu foto/ilustrasi iringan/hiasan yang sesuai bagi setiap karya. Sila kirim sebagai lampiran dan bukan dimasukkan dalam manuskrip karya. Semak dan pastikan foto/ilustrasi itu bersaiz besar.

13. Manuskrip (berserta biodata) dan foto/ilustrasi perlu dikirim secara lampiran (attachment) ke uthayasb@gmail.com dengan menyatakan secara jelas bahawa karya yang dikirim adalah karya asli tanpa sebarang unsur plagiat dan untuk siaran di portal Sastera Kavyan.

14. Setiap e-mel mengandungi satu karya sahaja. Maknanya, jika mahu mengirim dua karya, wajib dikirim dalam dua e-mel berasingan. Jika satu e-mel mengandungi lebih daripada satu karya, maka tidak akan dilayan langsung.

15. Pihak pengurusan portal berhak untuk memutuskan tidak menyiarkan mana-mana karya dan tidak perlu memberi alasan mengapa karya itu tidak disiarkan.

16. Hubungi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011–11411952 (Uthaya Sankar SB) jika ada sebarang pertanyaan atau cadangan membina.