Perpisahan yang Bermakna


Saat aku mengucapkan

selamat tinggal kepadamu

merupakan detik paling sukar

kerana kau insan paling penting

dalam hidupku.

tetapi dengan pemergianmu

aku beroleh

sebuah pengajaran bermakna.

____________________

Diviya Devaraj
berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan rendah di SK Convent Bukit Mertajam dan pendidikan menengah di SMK Convent Bukit Mertajam. Beliau menamatkan pengajian dalam Program Pengajian Bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Diviya mempunyai minat membaca buku-buku berkaitan akademik dan ilmiah. Hasil tulisan beliau tersiar di Klik Web DBP dan antologi Peluru Aksara (2020).