Ada apa dengan nama?
Nama …
Lahir tanpanya
Diberi oleh orang lain
-
Ibu, ayah, atuk
Dan entah siapa
Diguna yang lain
Nama …
Aku jarang menyebutnya
Kadangkala disalah
sebut
Disalah eja
Disalah tulis
Nama …
Panggilan untuk badan
ini
Panggilan mesra dan
manja
Panggilan untuk
mendisiplin
Panggilan untuk
kejayaan
Panggilan untuk mengenal
usia
Nama …
Hanya setakat masih
bernyawa
Dilupakan apabila
hilangnya nyawa
Tiada lagi nama
Tinggallah jasad.
____________________
Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor. Beliau mendapat
pendidikan rendah dan menengah di tempat kelahiran sebelum meneruskan pengajian
dalam bidang Sarjana Muda Pembangunan Manusia dan Sarjana Pengajaran Bahasa
Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kini,
beliau berkhidmat sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Sri Langat, Banting. Puisi,
esei, dan cerpen beliau termuat dalam antologi Busana
Bahasa (2019), Landasan
Hidup (2020),
dan Peluru Aksara (2020). Karya beliau turut tersiar di Eksentrika dan Dewan Budaya.