Saat itu


Di saat itu

ketika kereta melanggar

ketika terjatuh basikal

ketika dapur meletup

ketika kepala terhantuk

ketika jari kaki terkena batu

ketika buku lali tersepet

ketika jari terluka

saat-saat yang tidak diduga

saat-saat yang sukar diingat kembali

saat-saat yang memilukan.

 

Di saat itu

ketika kejayaan dicapai

ketika garisan penamat dihampiri

ketika tangisan pertama didengari

ketika kemengan diraih

ketika cinta pertama berputik

ketika tamat pengajian

ketika kepuasan dinikmati

saat-saat yang bahagia

saat-saat yang bermakna

saat-saat yang jarang Kembali

 

Itulah SAAT

di saat itu

yang sukar

diingat kembali ketikanya.

____________________

Anuradha Chelliah
berasal dari Banting, Selangor. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di tempat kelahiran sebelum meneruskan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Pembangunan Manusia dan Sarjana Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kini, beliau berkhidmat sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Sri Langat, Banting. Puisi, esei, dan cerpen beliau termuat dalam antologi Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), dan Peluru Aksara (2020). Karya beliau turut tersiar di Eksentrika dan Dewan Budaya.