Ikrar

Ambillah,

Sumsum dari tulangku,

Injap dari jantungku

 

Ambillah,

Tisu dari mataku,

Buah pinggang dan paru-paruku

 

Ambillah,

Sebelum aku dimandi dan dikapan,

Sebelum aku disembahyangkan

 

Ambillah,

Lafaz ikrarku ini

 

Ambillah,

Demi mereka yang menunggu dan menanti

 

Ambillah,

Sebelum aku diusung pergi

 

Nota: Ilustrasi iringan adalah lukisan tangan hasil penglibatan Sharmilah dalam  pertandingan melukis poster kempen derma organ anjuran Pusat Sumber Transplan Nasional (PSTN), Kementerian Kesihatan Malaysia pada Ogos 2021.

____________________

Sharmilah Beham @ asamsalt adalah anak jati Perak yang dilahirkan dan membesar di Mukim, Sungkai. Beliau yang kini berkhidmat sebagai pegawai penguatkuasa koporat suka mengisi masa terluang dengan aktiviti melukis, fotografi, seni kreatif, membaca dan menulis puisi. Sharmilah mula berjinak-jinak dengan bidang penulisan lalu berkongsi idea dan puisi menerusi surat berita Kavya  sekitar tahun 2004. Kini, beliau kembali menulis di portal Sastera Kavyan.