Beg Tangan


Beg tangan

dijinjing di tangan

ada kalanya digalas di bahu

pilihan wanita tidak kira usia

merah jambu pilihan anak kecil

warna pelangi idaman remaja

padanan mengikut pakaian cita rasa anak muda

warna gelap keinginan wanita berkaliber lagi bijaksana.

 

Beg tangan

besar, kecil, berzip dan berbutang

bertali panjang, juga pendek

mungkin berjenama, mungkin tidak

ada yang sepadan, ada yang … langsung tidak

itulah fesyen peredaran zaman

pilihan diriku untukku

kata-kata dunia tidakku peduli.

 

Beg tangan

rahsia si gadis ayu

jiwa wanita bernaluri tinggi

kisah sedih dan ceria tersemat di dalamnya

juga simpanan segala bil dan resit

gincu dan kunci kereta, minyak angin dan haruman

semuanya milik si wanita anggun

dalam beg tangan pilihannya.

 

Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Banting sebelum meneruskan pengajian dalam jurusan Sarjana Muda Pembangunan Manusia dan seterusnya Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Anuradha aktif menulis sejak 2016 dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. Karya beliau termuat dalam pelbagai antologi seperti Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), Peluru Aksara (2020), dan Lakaran Diri (2022).  Anuradha merupakan bendahari Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan). Tulisan beliau di portal Sastera Kavyan boleh dibaca di sini.