Pantun Aktiviti Bahasa dan Sastera

Lelaki buta di atas jambatan,

Mahu melambai ke arah ratu;

Drama Megha Duta buka laluan,

Kenali sastera Sanskrit bermutu.

 

Pergi ke kedai membeli pen,

Untuk diletak di atas meja;

Mari Lepak Menulis Cerpen,

Pupuk bakat golongan remaja.

 

Anak kera memakai celana,

Suka menari sepanjang masa;

Sesi Lepak Menulis Rencana,

Bimbingan menulis untuk dewasa.

 

Unggas di hutan hidup bahagia,

Kasih sayang tersemat di dada;

Meja Bulat Penulis Malaysia,

Perbincangan serius penuh agenda.

 

Musim hujan sudah tiba,

Menari riang si anak kera;

Sesi Baca di Anak Baba,

Buka ruang pelbagai bicara.

 

Pawang sedang membaca mantera,

Terasa nyaman seluruh deria;

Program bahasa juga sastera,

Pure Life Society penuh ceria.

 

Anak kecil berkaca mata,

Umur baru masuk lima;

Didik hibur jadi senjata,

Murid, ibu bapa terlibat sama.

 

Rangkap-rangkap pantun di atas dikarang oleh Uthaya Sankar SB untuk menggambarkan sebahagian aktiviti terkini yang turut melibatkan Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan). Sila klik di sini untuk maklumat Kavyan.