Hati

Aku ada hati untuk terus berusaha

dan aku yakin

walaupun aku pernah gagal

gagal sekali bukan bermaksud gagal selalu

aku cuba mengambil hati mereka di sekelilingku

yang muda dan yang tua

yang berpendidikan dan yang berpengalaman

aku mula membaca hati mereka

aku mengetahui keinginan mereka

aku buka hati; aku ingin membantu

jadikanlah kegagalanku satu pengajaran

ramai yang berbesar hati

menerima ideaku, pendapatku, inspirasiku

namun, ramai juga yang busuk hati

mengata yang bukan-bukan

aku terus bulat hati

aku tabah dan teguh

aku tetap dengan hati yang tenang.

[Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Banting sebelum meneruskan pengajian dalam jurusan Sarjana Muda Pembangunan Manusia dan seterusnya Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Anuradha aktif menulis sejak 2016 dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. Karya beliau termuat dalam pelbagai antologi seperti Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), Peluru Aksara (2020), dan Lakaran Diri (2022).  Anuradha merupakan bendahari Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan). Tulisan beliau di portal Sastera Kavyan boleh dibaca di sini.]