Hinduisme Untukku

Tuhan

DIA Maha Berkuasa

pencipta dan pemusnah

kepercayaan Hindu.

 

Konsep berteraskan Veda Sanskrit

dibintangi teks-teks suci

merangkumi kehidupan

Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda, Atharva Veda

empat sekawan yang ulung.

 

Karma penentu takdir

buat baik dibalas baik

buat jahat dibalas jahat

hidup menjadi petaruhan.

 

Kelahiran semula kepercayaanku

mendapat peluang kedua

menemui jalan penyelesaian

berjuang mencapai moksha.

Ahimsa ajaran anti keganasan

dalam pertuturan dan dalam perlakuan

tiada yang layak dicederakan

semua yang bernyawa dilindungi dan disayangi.

Hinduisme agama tertua di dunia

pendorong pencarian kebenaran nurani

penemuannya hanya satu

Tuhan dan kita SATU.

 

Hinduisme

Ia bukan agama

tetapi cara hidup

hidup atau mati

daku berpaksikan ajaran Hindu

Hinduisme UNTUKKU!

[Thanusya Shanmuganathan merupakan graduan sarjana muda sastera dari Universiti Malaya (UM). Beliau sudah menghasilkan novel berjudul Tak Sengaja Cinta (2014), Cik Cemerkap vs Encik Selfie (2016), Savithri (2021) dan Hanya Kau Untukku (2022) menggunakan nama pena Meera Natasya. Beliau juga aktif menulis skrip, cerpen, esei, dan sajak. Beliau merupakan Ahli Lembaga dan Mentor dalam Koperasi Penulis Nasional (KOPENA). Karya Thanusya di portal Sastera Kavyan boleh dibaca di sini.]