Percayalah,
Dunia harus berputar
songsang,
Aku nampak langit duduk
di bawah,
Aku juga nampak bumi
berdiri di atas,
Percayalah,
Dunia harus berputar
songsang,
Aku percaya kipas angin
boleh berputar di lantai,
Aku percaya alas kaki boleh
disusun di bumbung,
Percayalah,
Dunia harus berputar
songsang,
Ujar cicak di atas
siling,
Bangga, berbisik
lantang.
____________________
Sharmilah Beham @ asamsalt adalah anak jati
Perak yang dilahirkan dan membesar di Mukim, Sungkai. Beliau yang kini
berkhidmat sebagai pegawai penguatkuasa koporat suka mengisi masa terluang
dengan aktiviti melukis, fotografi, seni kreatif, membaca dan menulis puisi. Sharmilah
mula berjinak-jinak dengan bidang penulisan lalu berkongsi idea dan puisi menerusi
surat berita Kavya sekitar tahun 2004. Kini, beliau kembali
menulis di portal Sastera Kavyan.