Suasana sangat sunyi. Saya memandang pergelangan tangan saya yang dipasang tiub ubat. Saya mengerak-gerakkan jari yang kebas dan sakit.
Sepatutnya saya
menghadiri sebuah program di mana saya berlakon sebagai segumpal awan yang sombong.
Malangnya, saya didiagnos dengan penyakit tangan, kaki dan mulut serta campak.
Sementara saya
menunggu ibu saya yang akan datang melawat, saya terkenang bagaimana saya
mendapat peluang mengambil bahagian dalam persembahan drama pentas Megha Duta.
Titisan air mata
mengalir. Segala–galanya terus menjadi gelap, pemikiran negatif mula mengganggu
minda. Saya menutup mata dan cuba tidur tetapi gagal kerana campak di seluruh
badan saya meletup dan kepedihannya meningkat. Selepas beberapa cubaan, saya
mula terlena dan dilamun mimpi.
Mimpi saya penuh
dengan kesakitan drama Megha Duta
yang tidak dapat saya hadiri. Dua bulan yang lalu, Encik Uthaya Sankar SB telah
mengumumkan kepada saya dan rakan-rakan tentang program drama Megha Duta hasil karya Kalidasa.
Peluang ini sangat
istimewa dan amat bermakna bagi kami kerana ini merupakan drama pertama yang
akan kami lakon beramai-ramai. Jantung kami berdebar-debar dan pada masa yang
sama kami berasa sangat teruja.
Pengarah drama
ataupun lebih baik dikatakan guru kami Cikgu Ezhilarasi dan Cikgu Thivyajayanthi
begitu berminat merancang segala aspek lakonan drama. Mereka berdua juga
berfikir akan aspek pakaian, didik hibur dan cara drama ini akan berakhir. Kami
saling membantu dan bertukar-tukar idea bagi menjayakan drama ini. Namun, saya
yakin bahawa saya akan berlakon dengan sebaik-baiknya.
Pada keesokan hari,
kami telah merancang dan membuat plot drama tersebut dengan pelbagai cara.
Perancangan dan plot mengambil masa selama seminggu. Pada minggu seterusnya,
kami berlatih dengan penuh semangat. Setiap hari, setiap masa, siang dan malam,
kami berlatih sehingga kami mahir dan tiada kesilapan kerana kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Lakonan saya sebagai
awan ataupun Megha Sombong mendapat pujian dan galakan. Saya berasa sangat
gembira dan bangga.
Dalam sekelip mata, bulan Ogos 2023 pun sudah datang. Apatah lagi drama Megha
Duta yang kami berlatih penat-penat juga akan dipersembahkan pada 20 Ogos
2023 di Pusat Kebudayaan India, Brickfields sempena Hari Sanskrit Sedunia.
Seperti yang kerap
dikatakan, kadang-kadang bukan semua perkara yang berlaku akan menyebelahi
kita. Pada 18 Ogos 2023, apa yang saya tidak mahu pula terjadi. Saya cuba
bangun dari tidur tetapi badan saya sangat lemah. Tangan dan kaki saya lenguh
dan kebas. Jantung saya berdebar. Saya tidak tahu apa yang terjadi kepada badan
saya. Saya berlari ke tandas secepat mungkin dan melihat cermin.
“Aah!” saya menjerit. Muka saya penuh dengan
bintik campak.
Peperiksaan pula
sedang berlangsung di sekolah. Sedangkan rakan-rakan saya sedang takut akan
kertas soalan mereka, saya pula bimbang akan apa yang sedang berlaku kepada
diri saya. Saya cuba menenangkan fikiran tetapi ketakutan dan kesedihan
melampaui segala batasan kawalan diri.
Pada 19 Ogos 2023, sekitar
12.00 tengah malam, saya tidak boleh tahan lagi. Saya pun membangunkan ibu bapa
dan meminta mereka membawa saya ke hospital. Sampai di sana, saya dimasukkan ke
wad kerana keadaan saya agak uzur. Saya berbaring di atas katil wad dan
diperiksa oleh doktor.
Setelah beberapa jam,
doktor menyatakan berita yang menggemparkan. Saya dijangkiti penyakit demam
campak dan juga penyakit tangan, kaki dan mulut pada masa yang sama. Saya
berasa kecewa mendengar berita tersebut.
Saya menangis kerana
kecewa tidak dapat menghabiskan apa yang telah saya mulakan. Ibu saya cuba
menenangkan saya dengan menyatakan bahawa apa yang hilang hari ini pasti akan
berganti dengan sesuatu yang lebih baik lagi pada masa hadapan.
“Janganlah bersedih! Harapan
merupakan salah satu perasaan yang sangat berkuasa. Kamu pasti boleh berlakon
watak yang sama dalam masa terdekat. Jangan bimbang,” nasihat ibu dengan penuh kasih.
Haarshini Shanmugam seorang pelajar di SMK Cochrane, Kuala Lumpur. Beliau berminat menulis dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. Remaja ini mempunyai bakat mempelajari kebanyakan perkara yang diajar. Haarshini juga kreatif dan ingin memperbaiki penguasaan Bahasa Malaysia dengan berkarya. Beliau menyertai sesi Lepak Menulis Cerpen di Anak Baba (2023).