Keindahan Hidup

Seketika dulu aku menanti satu keindahan

keindahan yang mampu mencorak hidup

hidup yang penuh dengan cabaran

cabaran berterusan menghalang ketenangan

ketenangan jiwa dan hati yang sentiasa bergelora

bergelora tidak menentu tempat dan waktu

waktu itu muncul semangat

semangat yang mengubah pendirian

pendirian yang menunjukkan jalan ke arah kejayaan

kejayaan dikecapi dengan usaha

usaha yang datang dengan kecekalan

kecekalan berterusan memberikan kemenangan

kemenangan dicapai dengan usaha gigih

gigih, tabah, cekal, niat, tekun

tekun dan teliti, usaha dan ikthiar

ikhtiar memberi pedoman untuk mencapai keindahan

keindahan yang dikecapi dengan

kepercayaan dan kegigihan sendiri.

[Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di tempat kelahiran sebelum meneruskan pengajian dalam jurusan Sarjana Muda Pembangunan Manusia dan seterusnya Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Anuradha aktif menulis sejak 2016 dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. Karya beliau termuat dalam pelbagai antologi seperti Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), Peluru Aksara (2020), dan Lakaran Diri (2022). Anuradha merupakan bendahari Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan). Tulisan beliau di portal Sastera Kavyan boleh dibaca di sini.]