Tanggal 3
bulan satu dua puluh dua puluh
musnah angan-angan
aduhai, malangnya!
Tanggal 3
bulan satu dua puluh dua puluh
hari duka
hari kehilangan
jiwa retak seribu.
Appa
tatkala rakyat menyambut Tahun Baru
daku meratapi pemergian Appa
kenapa?
Tanggal 3
bulan satu dua puluh dua puluh
hari duka
impian daku hancur-berkecai.
pada saat Appa
pergi
daku menghitung waktu
daku menjadi saksi
Appa menghembuskan nafas terakhir.
Appa pergi jua
tanpa mengucapkan selamat tinggal
sengsara
daku kesepian.
[Thanusya Shanmuganathan merupakan graduan
sarjana muda sastera dari Universiti Malaya (UM). Beliau sudah menghasilkan
novel berjudul Tak Sengaja Cinta (2014), Cik Cemerkap vs Encik Selfie (2016), Savithri (2021) dan Hanya Kau Untukku (2022) menggunakan nama pena Meera Natasya.
Beliau juga aktif menulis skrip, cerpen, esei, dan sajak. Beliau merupakan Ahli
Lembaga dan Mentor dalam Koperasi Penulis Nasional (KOPENA). Karya Thanusya
di portal Sastera Kavyan boleh dibaca
di sini.]