Cinta insan dan alam semesta,
Luasnya
bak lautan membiru,
Di
pelukan hijau dan biru kita,
Jiwa
bersatu dalam harmoni syahdu.
Hembusan
angin menyentuh mesra,
Menyampaikan
kasih lembut tak terhingga,
Pohon-pohon
berbisik mesra,
Dalam
pelukan daun dan bunga.
Di
bawah langit yang tiada sempadan,
Hati
bersatu dengan alam yang damai,
Setiap
ombak, setiap alunan,
Mengukir
cinta yang takkan tergurai.
Seperti
lautan biru luas terbentang,
Cinta
kita dengan alam terjalin erat,
Dalam
pelukan bumi nan tenang,
Kasih
ini kekal, takkan tersurat.
[Karya ini disiarkan tanpa suntingan sebagaimana diterangkan di sini]
[Malini Lakshmi Bai lahir dan membesar
di Kuala Lumpur. Pada tahun 2012, beliau menyambung pengajian tinggi dalam jurusan
Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Bahasa Inggeris di Universiti Tunku
Abdul Rahman (UTAR). Beliau meminati bidang kesusasteraan sejak bangku
sekolah. Pada tahun 2009, Malini mewakili sekolah dan daerah dalam beberapa
forum pelajar, pertandingan debat, dan syarahan. Kini, beliau berkerjaya
sebagai guru bahasa Inggeris dan penyelia di sebuah pusat pembelajaran bahasa. Malini
juga menggalas jawatan penolong setiausaha dalam Pertubuhan Sasterawan Kaum
India (Kavyan).
Hasil karya beliau termuat dalam antologi Lakaran
Diri (2022), Seruling Malam (2024), dan di portal
Sastera Kavyan. Karya bahasa Inggeris pula
diterbitkan di laman Eksentrika. Tulisan beliau di portal Sastera Kavyan boleh dibaca di sini.]

