Setiap orang mempunyai cita-cita. Ada yang ingin
menjadi jurutera, doktor, ahli perniagaan dan banyak lagi. Saya juga mempunyai cita-cita.
Saya ingin menjadi sebagai seorang Pramugari.
Sebagai pramugari saya dapat membantu penumpang di
dalam kapal terbang. Gaji pramugari juga lumayan. Dengan menjadi pramugari,
saya boleh hidup dengan mewah. Saya juga boleh membantu keluarga. Terutamanya
ibu dan bapa saya.
Kerja pramugari adalah di dalam kabin kapal
terbang. Pramugari secara khusus ditujukan kepada pekerja wanita, manakala
pramugara ditujukan kepada pekerja lelaki.
Mereka juga dipanggil sebagai anak kapal atau anak
kabin. Tugas utama pramugara dan pramugari adalah untuk
memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang.
Pramugari perlu ada penampilan anggun dan bergaya.
Walaupun terbang tinggi di angakasa biru …
Keterampilan diri adalah elemen yang penting untuk tugas sebagai pramugari.
Seragam yang pramugari pakai mestilah nampak eksklusif
dan elegan. Ini adalah kerana mereka berdepan dengan penumpang sepanjang masa.
Jika saya menjadi sebagai
pramugari apabila dewasa, saya akan dapat berkomunikasi dengan masyarakat dari pelbagai negara.
Untuk mencapai Impian
saya ini, saya mesti belajar dan berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya
cita-cita saya ini akan tercapai juga pada suatu waktu nanti.
Diharap cita-cita saya sebagai pramugari akan
membanggakan keluarga saya nanti.
[Kavilashini Chandran merupakan pelajar Tingkatan
4 Nia di Sekolah Menengah Kebangsaan Khai Mun, Chammang, Bentong, Pahang.
Beliau adalah peserta Kelas Penulisan, Pembacaan dan Pemahaman yang dikendalikan
oleh M. Mahendran sebagai projek Kavyan
di Bentong.]