Mahu tidak
mahu, sejak beratus-ratus tahun dahulu, sebelum negara kita menjadi Malaysia
lagi, ia telah menjadi tempat mencari nafkah dan kehidupan untuk mereka dari
pelbagai negara.
Tidak kiralah
mereka itu datang untuk menawan, memerintah, berdagang menyebar agama, budaya
atau datang sebagai kuli. Semua datang mencari rezeki di Bumi yang dilimpahi
khazanah. Cuma, cara mereka meneroka dan mengaut rezeki sahaja berbeza.
Pedagang India
datang ke Tanah Melayu pada abad ke-1 Masihi hingga abad ke-14 Masihi. Pedagang
China pula datang ke sini pada abad ke-3 Masihi hingga abad ke-15 Masihi.
Manakala pedagang Arab pula datang pada abad ke-7 hingga abad ke-15 Masihi.
Tanah Melayu
yang terletak di Selat Melaka merupakan laluan perdangangan yang paling
strategik antara Timur dan Barat. Kapal dari China hendak ke India sudah tentu
akan melalui laluan ini.
Sementara itu,
mereka dari kepulauan Indonesia telah berpindah ke sini sejak beribu-ribu tahun
lagi. Malah, mereka adalah satu rumpun iaitu rumpun Melayu/Austronesia.
Kebanyakan mereka datang dari Aceh, Minangkabau dan Bugis kemudian berkahwin
dengan penduduk tempatan.
Selepas era
itu, datang pula Portugis menjajah pada tahun 1511 hingga 1641 dan Belanda pada
tahun 1641 hingga 1824. Inggeris pula memerintah kita sejak 1786 hingga 1957.
Jepun dapat menawan negara kita selama lima tahun sahaja, iaitu dari 1941
hingga 1945.
Ketika British
memerintah Tanah Melayu, begitu ramai penduduk dari negara China dan India
berhijrah ke sini untuk bekerja sebagai kuli, pentadbir, pengajar, tentera dan
juga sebagai peniaga.
Penduduk Jawa,
Minangkabau, Aceh, Banjar dan Bugis juga datang lagi pada era itu untuk bekerja
di ladang-ladang getah, bertani, menjadi guru agama dan berniaga.
Mereka yang
datang ketika itu, ramai juga yang sudah balik ke negara asal. Sementara itu,
yang lain dengan kuantiti banyak lebih selesa tinggal di sini dan telah menjadi
penduduk tetap dan kemudian menjadi warganegara. Perlembagaan Malaysia
memperuntukkan keistimewaan itu dengan syarat-syarat tertentu.
Setelah
Malaysia membangun, maju dan moden pada tahun 1990-an dan awal 2000-an datang
pula warga Bangladesh, Myanmar dan Nepal dengan begitu banyak untuk bekerja di
pelbagai sektor. Warga dari India, Indonesia dan China juga masih datang untuk
mencari nafkah di sini hingga saat ini.
Kebanyakan
mereka yang datang pada era ini tidak menetap terus di sini, kecuali mereka
yang telah bertemu jodoh dengan penduduk asal. Mereka berusaha mendapatkan kewarganegaraan Malaysia dan
terus beranak-pinak di sini. Ada juga sekelompok yang masih tidak memohon
tetapi sudah menetap di sini sebagai warga asal negara ini.
Walaupun
perlambakan warga luar seperti menggugat sumber rezeki warga tempatan tetapi
pada hakikatnya kita masih memerlukan tenaga dan usaha mereka untuk
membangunkan dan memajukan negara kita.
Menurut data
rasmi dari Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigresen, jumlah keseluruhan
pekerja warga luar berdaftar setakat 15 Oktober 2025 adalah 2,132,578 orang.
Sektor-sektor
yang mereka ceburi adalah seperti berikut:
1.
Pembuatan: 622,388 orang.
2.
Pembinaan: 589, 684 orang.
3.
Perkhidmatan: 390,607 orang.
4.
Perladangan: 263,131 orang.
5.
Pertanian: 158,628 orang.
6.
Pembantu Rumah: 107,375 orang.
7.
Perlombongan dan Kuari: 765 orang.
Mengapakah
warga luar masih berduyun-duyun datang ke sini untuk mencari nafkah dan membawa
pulang Ringgit Malaysia kita? Kita tidak boleh cemburu dan menyalahkan mereka
dalam hal ini.
Ini
adalah salah rakyat kita sendiri. Sejak warga tempatan semua sudah celik huruf
dan boleh belajar hingga tahap S.P.M; masing-masing beranggapan diri mereka
lebih sesuai untuk bekerja senang sahaja. Kerja-kerja yang perlu menggunakan
tenaga empat kerat,bekerja di tengah panas, di tempat kotor atau di ladang,
ditolak tepi dan dipandang rendah.
Untuk
menampung sektor-sektor ini, pihak majikan sudah tentulah terpaksa membawa
masuk warga dari luar negara agar kegiatan ekonomi Malaysia tidak tergugat.
Lagipun warga luar mudah diuruskan dan cepat mempelajari sesuatu pekerjaan.
Walaupun
pekerja warga luar banyak menyumbang ke arah kemajuan Malaysia pada masa kini;
mereka juga dikatakan menimbulkan masalah.
Mereka
yang tidak mempunyai kebenaran untuk berniaga, tanpa rasa ragu-ragu berniaga menggunakan lesen perniagaan warga
tempatan. Kita sering nampak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka
tetapi keadaan masih tidak dapat dikawal dan masih berleluasa.
Selain
daripada itu, pelarian Ruhingya juga banyak menimbulkan masalah kepada warga
tempatan. Jauh lebih teruk daripada pekerja warga luar.
Pihak
berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya dengan menghantar mereka pulang ke
negara asal ataupun ke mana-mana negara tanpa ihsan.
Kesimpulannya,
rakyat Malaysia sebenarnya telah terbentuk hasil daripada penghijrahan
masyarakat dari negara luar secara beramai-ramai sejak berabad-abad lagi.
Walaupun mereka datang ke sini untuk mencari rezeki, mereka juga telah membawa
masuk budaya, bahasa, agama dan sebagainya yang telah menjadi darah daging
masyarakat Malaysia sekarang dan yang akan datang.
Jika tidak
gemar dengan longgokkan warga luar di sini; kita sendirilah yang harus berubah.
Janganlah memilih pekerjaan. Semua pekerjaan adalah suci.
Jika sayangkan
negara kita Malaysia, sumbangkanlah tenaga anda demi kemajuan dan
kemakmurannya.
* * * * *
Mahu
mengirim karya ke portal Sastera Kavyan?
Baca panduan dan syarat [di sini].
[Mahendran
dilahirkan di Bentong, Pahang. Beliau berkecimpung dalam bidang penulisan
cerpen Bahasa Malaysia dan Tamil sejak tahun 1987. Karupaya (2018) ialah kumpulan cerpen sulung beliau manakala Thalaivar (2021) kumpulan cerpen bahasa
Tamil. Karya-karya Mahendran boleh dibaca di portal Sastera Kavyan, Eksentrika, Cukaria, dan Blog Peribadi,
serta di majalah Thendral dan Vanampadi. Baca: Biodata penuh]



Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih. Komen anda akan dinilai sebelum dipaparkan. Harap maklum bahawa komen tanpa nama TIDAK akan diluluskan.