Kerenah anak-anak muda yang alpa,
hala tuju yang tipis,
tiada matlamat,
cabaran hidup tidak diendah,
nyawa dianggap tiada nilai.
Warga berusia semakin meningkat,
tanggungan mendadak,
penjagaan amat diperlukan,
keselamatan dan kesihatan,
wajar diberi keutamaan.
Anak-anak muda …
warga berusia …
kedua-duanya amat bernilai
penuh bertenaga, penuh pengalaman hidup
kegusaran wajar dirasai.
* * * * *
Mahu mengirim karya ke portal Sastera Kavyan?
Baca panduan dan syarat [di sini].
[Anuradha
Chelliah berasal dari
Banting, Selangor dan merupakan jurulatih yoga terlatih dan mendapat pengiktirafan
daripada Sakthi School of Yoga,
Malaysia. Karya beliau termuat dalam Busana
Bahasa (2019), Landasan Hidup
(2020), Peluru Aksara (2020), Lakaran Diri
(2022) dan Seruling Malam (2024).
Puisi bahasa Inggeris terbaharu beliau termuat dalam ALS NaPoWriMo (2025). Karya-karya Anuradha juga boleh dibaca di Eksentrika dan Sastera Kavyan. Baca: Biodata penuh]


Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih. Komen anda akan dinilai sebelum dipaparkan. Harap maklum bahawa komen tanpa nama TIDAK akan diluluskan.