Adakalanya


Mega-mega kelabu

tiba-tiba berarak laju

melitupi langit membiru

hujan ribut curah bertalu-talu.

 

Adakalanya

kita ditinggalkan

keseorangan begitu sahaja

dalam kehujanan.

 

Adakalanya

seseorang sentiasa bersama kita

di bawah lindungan payung kaki.

 

Adakalanya juga

segelintir manusia

memegang erat batang payung

sambil berkata, “aku akan membantumu.”

 

Moga-moga hujan ribut

dalam bahtera hidup kita

dipermudahkan selalu.

 

____________________

 

Richard Ignacy
lahir dan membesar di Parit Buntar, Perak. Beliau merupakan graduan dari Universiti Putra Malaysia dalam bidang pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama). Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (Pendidikan Bahasa Melayu/Sastera) dari Universiti Sains Malaysia. Kini, Richard bertugas di SMK Alang Iskandar, Bagan Serai, Perak. Sajak beliau berjudul “Mengusir Sangsi” (2017) dan “Sanggar Bahasa” (2019) tersiar dalam majalah Tunas Cipta. Karya Richard turut termuat dalam pelbagai antologi Busana Bahasa (2019), Corat Coret Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (2019), Teima Kasih Tuhan Memerdekakan Negaraku (2019), Ruang Bicara (2020) dan Bisikan Hantu (2021), dan Hidup Biar Berbudi(2021).