Keinginan

Keinginan

untuk memegang segulung ijazah

Keinginan

untuk menawan gunung tertinggi di Malaysia

Keinginan

untuk membina sebuah mahligai

Keinginan

untuk merantau ke negara orang

Keinginan

untuk mendirikan rumah bersama insan tercinta

Keinginan

untuk mengajar anak menunggang basikal

Keinginan

untuk bersama ibu bapa di hari tua

Keinginan

untuk menabur bakti kepada anak bangsa

Keinginan untuk melihat kejayaan adik-beradik

Keinginan yang penuh dengan harapan

berkecai dengan terlantarnya aku di atas katil

dengan alat bantuan pernafasan seumur hidup.

[Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di tempat kelahiran sebelum meneruskan pengajian dalam jurusan Sarjana Muda Pembangunan Manusia dan seterusnya Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Anuradha aktif menulis sejak 2016 dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. Karya beliau termuat dalam pelbagai antologi seperti Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), Peluru Aksara (2020), dan Lakaran Diri (2022). Anuradha merupakan bendahari Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan). Tulisan beliau di portal Sastera Kavyan boleh dibaca di sini.]