Pada cuti sekolah
yang lalu, saya berpeluang melawat Bukit Fraser, Raub,
Pahang bersama keluarga. Saya sangat teruja. Saya juga berpeluang untuk
mengingati kenangan manis ketika belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
Bukit Fraser selama tiga tahun. Saya tinggal di asrama di sana dan menamatkan
Tahun 6 di sekolah tersebut.
Saya
berpeluang belajar banyak perkara semasa di asrama. Saya dijaga dengan baik
oleh guru-guru di sana. Saya belajar menguruskan diri dengan sendiri. Kehidupan
ini telah membina keyakinan dalam diri saya untuk maju dalam hidup. Saya juga
diberi peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti seperti kuiz sains,
pertandingan bercerita dan lain-lain aktiviti pelbagai aktiviti lain.
Perjalanan kami
dimulakan pada pagi yang cerah. Kami menaiki kereta menuju ke destinasi yang
terletak lebih tinggi dari bandar. Sepanjang perjalanan, saya dapat melihat
pemandangan hijau yang menenangkan hati, dengan pokok-pokok yang tinggi dan
udara yang segar. Setelah beberapa jam, kami akhirnya tiba di Bukit Fraser.
Sesampainya di
sana, saya melihat suasana yang sangat berbeza daripada tempat yang biasa saya
kunjungi. Udara di Bukit Fraser sangat sejuk, dan saya terasa seperti berada di
luar negara. Kami berhenti di beberapa tempat menarik seperti taman orkid dan
air terjun. Saya tidak melepaskan peluang untuk bergambar di sana.
Selain itu, saya
juga teringat kembali kepada pengalaman saya belajar di SJKT Bukit Fraser.
Sekolah ini terletak di kawasan yang berhampiran dengan bukit ini, dan saya
selalu melihat keindahan alam sekitar semasa saya pergi ke sekolah. Di sana,
saya banyak belajar tentang alam semula jadi dan kepentingan menjaga kebersihan
dan keindahan alam.
Pada petangnya,
kami menikmati makan tengah hari di sebuah kafe kecil sambil meghayati pemandangan
bukit yang menakjubkan. Saya rasa sangat bersyukur kerana dapat merasai
pengalaman ini, dan saya berharap suatu hari nanti saya dapat datang lagi ke Bukit Fraser lagi
bersama keluarga.
Pengalaman saya di
Bukit Fraser adalah satu kenangan yang tidak akan saya lupakan. Ia mengajar
saya untuk menghargai keindahan alam semula jadi dan juga mengingatkan saya
tentang masa indah yang saya lalui semasa belajar di SJKT Bukit Fraser.
[Sharen Rao a/l
Thayalan berumur 13 tahun. Sharen pernah tinggal di asrama SJKT
Bukit Fraser yang telah mengajarnya nilai-nilai hidup. Sharen juga meminati
nyanyian lagu-lagu klasik Sangeetham dan
bermain tabla.]