Anuradha Chelliah seorang guru yang bercita-cita tinggi dan minat membaca. Beliau kurang bercakap dan lebih suka mendengar. Guru ini mengaku gemar mendengar ceramah-ceramah yang berunsur motivasi kerana ia memberi semangat kepadanya. Sebagai seorang individu yang sentiasa mempunyai tujuan dalam hidup, Anuradha sedia belajar dan mencari sesuatu yang baharu. Beliau menggambarkan dirinya seperti seorang “pengembara” yang suka melancong. Uthaya Sankar SB mewawancara Anuradha untuk mengetahui secara lebih mendalam bagaimana beliau mula terlibat dalam bidang penulisan.
Latar pengajian tinggi dan pekerjaan anda
adalah berkaitan bahasa Inggeris. Bagaimana pula anda boleh terlibat dalam
penulisan karya Bahasa Malaysia?
Saya sangat minat dengan Bahasa Malaysia. Semasa di sekolah menengah, saya banyak membeli majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Setiap bulan, saya akan cuba dapatkan majalah-majalah ini dan membacanya. Dewan Siswa, Dewan Masyarakat dan Dewan Kosmik menjadi pilihan.
Wawancara penuh boleh dibaca dalam buku Kisah Sasterawan Kavyan (2022).
____________________
Uthaya
Sankar SB lahir dan membesar di Aulong Lama, Taiping,
Perak, serta kini tinggal di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor. Beliau terlibat
secara aktif dalam bidang penulisan sejak tahun 1991. Uthaya mengasaskan
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
yang mengendalikan program bahasa, sastera, kebajikan, seni, dan budaya di
seluruh negara sejak tahun 1999.