Puisi: Dalam Talian

 

Dalam talian kita berkenalan,

Kata-kata mengeratkan hubungan,

Walau berjauhan terasa dekat,

Perkongsian hati menjanjikan kemesraan.

 

Dalam talian aku menuntut ilmu,

Daripada skrin kecil ke seluruh dunia,

Pelbagai bidang, pelbagai maklumat,

Memberikan impian kehidupan nyata.

 

Dalam talian membuka ruang,

Menghubungkan manusia; cabaran dan harapan,

Penggunaan berhemah harus dipatuhi,

Membawa manfaat sepanjang zaman.

 

Dalam talian penuh dugaan,

Bijaklah memilih seperti makanan,

Tersalah langkah boleh membinasa,

Bagai pemakanan tidak sihat.

 

Dalam talian sememangnya penting,

Membantu manusia membina kehidupan,

Jangan alpha; jangan leka,

Dalam talian boleh menghancurkan.

Mahu mengirim karya ke portal Sastera Kavyan? Baca panduan dan syarat [di sini].

[Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor dan merupakan jurulatih yoga terlatih dan mendapat pengiktirafan daripada Sakthi School of Yoga, Malaysia. Karya beliau termuat dalam Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), Peluru Aksara (2020), Lakaran Diri (2022) dan Seruling Malam (2024). Puisi bahasa Inggeris terbaharu beliau termuat dalam ALS NaPoWriMo (2025). Karya-karya Anuradha juga boleh dibaca di Eksentrika dan Sastera Kavyan. Baca: Biodata penuh]