Bagaimana Jaymani Mula Menulis


Jaymani Sevanathan
menyifatkan dirinya seorang individu biasa yang gemar menghabiskan masa dengan menonton filem komedi atau mendengar lagu. Paling tidak, beliau hanya gemar lepak bersama rakan-rakan di tempat pengajian, iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Jaymani seolah-olah tidak memiliki tujuan hidup yang jelas dan sekadar menghabiskan masa dengan membuat benda-benda yang kurang berfaedah. Ringkasnya, beliau dan buku seperti musuh. Uthaya Sankar SB mewawancara Jaymani untuk memahami kisah penglibatannya dalam dunia penulisan.

Dalam tempoh yang singkat, anda berjaya menjadi penulis prolifik dan karya tersiar di hampir semua majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Malah, anda muncul di kulit depan majalah Tunas Cipta keluaran November 2020. Apakah rahsianya?

Semuanya bermula sekitar tahun 2019 di mana saya ternampak majalah Pelita Bahasa dan Dewan Masyarakat yang pernah dihadiahkan oleh guru STPM saya dahulu. Majalah yang tersimpan lama itu mengundang perasaan untuk saya cuba menulis. Pertamanya, saya mencari ruangan yang bersesuaian dengan kemampuan menulis saya. Kedua, saya percaya seorang penulis perlu menceburi pelbagai bidang; bukan tertumpu dengan bidang yang dirasakan selesa.


Sementara kebanyakan mahasiswa hanya memikirkan soal kelulusan akademik, anda pula rajin mengirim karya untuk siaran semasa di universiti. Apakah pendorong utama?

Semuanya bermula sebelum tahun akhir pengajian dalam bidang sains sosial di UKM, iaitu ketika cuti semester. 

Wawancara penuh boleh dibaca dalam buku Kisah Sasterawan Kavyan (2022).

____________________

Uthaya Sankar SB
lahir dan membesar di Aulong Lama, Taiping, Perak, serta kini tinggal di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor. Beliau terlibat secara aktif dalam bidang penulisan sejak tahun 1991. Uthaya mengasaskan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang mengendalikan program bahasa, sastera, kebajikan, seni, dan budaya di seluruh negara sejak tahun 1999.