Kenangan


Ke sekolah bersama rakan-rakan

makan beramai-ramai di kedai kopi

menonton wayang di pawagam

berswafoto bersama-sama

semuanya tinggal kenangan.

 

Berkelah di pantai

berkhemah di hutan

beriadah di luar

beramai-ramai

semunaya tinggal kenangan.

 

Kunjung-mengunjung

tidak kira musim perayaan atau cuti

mengeratkan silaturahim

antara dia dan aku

tetapi kini

tinggal kenangan.

 

Kini

berpeluk secara maya

bertukar kasih dalam talian

bertanya khabar melalui media sosial

menjadi kenangan

dan norma baharu.

____________________

Anuradha Chelliah
berasal dari Banting, Selangor. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di tempat kelahiran sebelum meneruskan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Pembangunan Manusia dan Sarjana Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kini, beliau berkhidmat sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Sri Langat, Banting. Puisi, esei, dan cerpen beliau termuat dalam antologi Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), dan Peluru Aksara (2020). Karya beliau turut tersiar di Eksentrika dan Dewan Budaya.