Dia terlontar jauh ke ladang-ladang getah dan kelapa di Malaya pada tahun 1930-an.
Dua
hari lalu, dia sedang mencari maklumat tentang kehidupan komuniti Malayali diMalaya dan Singapura sejak tahun 1920-an. Sekarang, dia sedang cuba memahami misteri
beberapa kes pembunuhan melibatkan pekerja ladang keturunan Malayali di Port
Dickson, Sabak Bernam, Kota Tinggi, dan Padang Rengas.
Biar
kita kembali sebentar ke tahun 2020 untuk melihat bagaimana semua ini bermula.
Analisis
terhadap cerpen-cerpen yang memenangi Hadiah
Cerpen Maybank-DBP dan termuat dalam antologi dari tahun 1988 hingga 1998
menunjukkan bahawa majoriti penulis kaum India hanya mengangkat kisah komuniti
Tamil di ladang getah (Dewan Sastera,
Ogos 2020). Hal sama diperhatikan pada cerpen-cerpen Tamil tempatan sejak
dahulu.
Pada
realiti, selain daripada orang Tamil, terdapat juga orang Malayali, Punjabi,
Telugu dan beberapa keturunan atau subetnik lain di Malaysia. Mengikut sejarah,
dalam kalangan orang Tamil dan Telugu sendiri, mereka jarang berinteraksi antara
satu sama lain di negara asal. Apabila ditempatkan di estet-estet di Teluk
Intan dan Bagan Datoh oleh majikan British, barulah mereka mula saling mengenali
(Contemporary Malaysian Indians, 2016).
Dalam
struktur hierarki di ladang getah, pengurus (Peria Dorai) dan penolong pengurus (Chinna Dorai) — biasanya orang Eropah — berada di tempat teratas. Di
tempat seterusnya ialah krani
(kerani) yang biasanya orang Tamil Ceylon atau Malayali yang biasanya
berpendidikan. Para pekerja ladang (kuli) Tamil yang dilabel sebagai “tidak
mempunyai wawasan” pula diketuai kangani atau tindal (mandur) yang sering cuba mengambil hati krani.
Makalah penuh (lima bahagian) boleh dibaca dalam buku Kisah Sasterawan Kavyan (2022).
____________________