Kami berdiri
—  
bukan sekadar
siluet  
yang melekat
di dinding bangunan tinggi 
berdepan jam
besar yang enggan berhenti berdetik  
mengukur
setiap saat penindasan
Di
lorong-lorong yang tak disebut dalam puisi rasmi
Nama kami
hanya gema  
terpantul
dari kaca-kaca pejabat penguasa 
di mana suara
minoriti disenyapkan  
dengan janji bersalut
diskriminasi
Tetapi kami
—  
bukan
statistik dalam fail berpenjuru plastik
Kami warisan
darah dan lidah
yang kau anggap
asing kerana tidak senada 
Kami pekikan lantang  
yang kau mahu
sorok di bawah label “pendatang”
Tembok-tembok
kota ini  
pernah menyaksikan
langkah-langkah leluhur kami
bukan sebagai
tetamu
tetapi tulang
belakang pembangunan  
yang kini kau
langgar dengan perisai buatan luar negeri
Kami
berpakaian harapan  
berbutang
prinsip
membawa
manuskrip perjuangan  
yang tidak
laku dijual di Pesta Buku Antarabangsa
Kami menulis
—  
kerana
menjerit sudah tidak berguna  
di tanah yang
pekak terhadap sejarah bangsa merdeka
Kau tanya
siapa kami?  
Kami yang
mencintai tanah ini  
tanpa perlu
memeluk syarat ‘revert’ menindas yang kau reka
Kami akan
terus bersuara
walau
mikrofon hanya diberi  
kepada pengampu
yang tahu menyanyi lagu puja
Jangan
pertikai cinta kami pada tanah ini  
kerana cinta
kami bukan slogan
tetapi luka
yang disulam dengan kata
Kami bukan
bayang-bayang
Kami
cahaya  
yang memilih
untuk tidak menyilaukan  
Kami wujud
—  
walau kau tak
berani melihat
Dataran Putrajaya
31 Ogos 2025
[Uthaya Sankar SB mendapat pendidikan di SRK
Convent Aulong, SM Darul Ridwan, dan SM King Edward VII, Taiping sebelum
mengikuti pengajian sarjana muda dan sarjana sastera di Universiti Malaya. Beliau
terlibat dalam bidang penulisan Bahasa Malaysia sejak tahun 1991. Baca biodata penuh]


Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih. Komen anda akan dinilai sebelum dipaparkan. Harap maklum bahawa komen tanpa nama TIDAK akan diluluskan.