Apa
yang lebih penting adalah hakikat bahawa pengembaraan ke masa silam membantunya
untuk melihat dan mengalami sendiri realiti di mana masyarakat keturunan
Malayali turut menjadi buruh di beberapa ladang.
Dari
hadapan pejabat pos itu, mereka dibawa oleh P. K. Padmanabha Pillay ke rumahnya.
Lelaki itu berumur 54 tahun dan pernah menjadi ketua kerani di Ladang Gapis sebelum
bersara pada Oktober 1926. Malah, beliau dikatakan penduduk kaum India paling
tua di Kuala Kangsar.
“Saya
bersama Kuala Kangsar Plantations Co.
Limited sejak tahun 1900. Pada awalnya, Gapis
Estate ditanam kelapa dan kopi. Getah baka para baru sahaja mula ditanam oleh Sir Hugh Low dan mengambil masa
sebelum sesuai untuk ditoreh. Siapa sangka getah akan menjadi hasil utama
Malaya dan kemudian harganya jatuh di pasaran dunia.”
Mereka
berdua membiarkan Padmanabha Pillay bercerita kerana beliau menyangka sedang
diwawancara wartawan The Singapore Free
Press. Agak menarik kerana akhbar itu yang melaporkan persaraan beliau
dahulu dan dalam masa tiga tahun lagi akan melaporkan berita kematiannya.
“Ceritakan
tentang Raman Nair yang bakal digantung sampai mati,” dia akhirnya bersuara
selepas agak lama berpura-pura mencatatkan apa-apa yang diceritakan oleh bekas
ketua kerani itu.
Tulisan lengkap (lima bahagian) boleh dibaca dalam buku Kisah Sasterawan Kavyan (2022).
____________________