“Siapa
yang sedang kita tunggu?”
“Cuba
lihat di sana,” balas Anandan seraya menuding ke arah Jambatan Belfield.
Kelihatan
dua lelaki dan dua wanita kaum India berjalan di atas jambatan berkenaan.
“Mereka
sedang dalam perjalanan ke pejabat buruh. Tadi, mereka datang menaiki bas dari
Kuala Selangor,” Anandan mula menceritakan.
Hampir
dua bulan lalu, Krishna Nair membawa isteri baharunya, Thangamma, pulang ke Ladang
Kampong Bahru, Kuala Selangor. Pasangan suami-isteri itu sama-sama bekerja di
ladang berkenaan tanpa gangguan sesiapa.
Namun
begitu, fikiran Thanggama tidak tenang kerana memikirkan kemungkinan tempat
tinggalnya akan dikesan oleh keluarga. Dia bimbang memikirkan nasib Krishna
Nair yang amat dicintainya.
“Apa
yang dibimbangi akhirnya berlaku,” Anandan menceritakan. “Pagi tadi, Kalyani
dan Valauthan pergi bertemu Krishna Nair dan Thangamma.”
Vijay
Kumar kurang pasti siapa yang dimaksudkan. Mentornya ternyata memahami, lalu
menuding ke arah empat orang yang sedang berjalan di atas jambatan.
Kalyani
membenarkan anaknya menjadi wanita simpanan Valauthan, seorang buruh Tamil di
Ladang Emerald, Klang. Sebagai golongan buruh berpendapatan rendah, hidup
mereka biasa-biasa sahaja. Ladang itulah hidup mereka.
Keadaan berubah hampir dua tahun lalu apabila Valauthan mengenali Krishna Nair. Lelaki itu sering mengunjunginya di Ladang Emerald.
____________________