Tulis


Tulis

semua boleh menulis

kita semua boleh menulis

cuba fikir, cungkil bakat

carilah ilham, carilah kisah silam

carilah cerita orang tua dan muda

cerita gembira atau sedih

yang meragam, yang berfantasi

yang berinspirasi, bisikan hati

seram dan menakutkan

 

Tulislah …

gunakan aksara-aksara

mengejar impian

aksaramu cerminan diri

aksaramu jentikan jiwa

aksaramu kuasa kepimpinan

aksaramu pembawa perubahan

aksaramu pembina anak bangsa.

 

Mahu mengirim karya ke portal Sastera Kavyan? Baca panduan dan syarat [di sini].

[Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor. Beliau merupakan graduan Sarjana Muda Pembangunan Manusia dan seterusnya menyambung pelajaran dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau mengajar Bahasa Inggeris di SK Sri Langat, Banting, Selangor. Anuradha merupakan seorang jurulatih yoga terlatih dan mendapat pengiktirafan daripada Sakthi School of Yoga, Malaysia. Beliau telah menghasilkan beberapa antologi, termasuk lima antologi bersama Kavyan, iaitu  Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), Peluru Aksara (2020), Lakaran Diri (2022) dan Seruling Malam (2024). Beliau terus aktif dalam penulisan cerpen dan puisi. Beliau juga menulis dalam bahasa Inggeris. Puisi bahasa Inggeris terbaharu beliau termuat dalam ALS NaPoWriMo 2025. Karya-karya Anuradha boleh dibaca di Eksentrika dan Sastera Kavyan.]

Ulasan