Pantulan Wajah


Sebekas cahaya matahari

terpelanting ke selak jendela

yang masih pekat oleh embun

memancar terus ke mukaku

memaksaku membuka kelopak mata.

 

Aku terus bangun menatap cermin kamar

dari pancaran mataku

terlihat jelas pantulan wajah dan bayanganku

dengan sebuah senyuman penuh rana

melihat diriku hampir luruh semangat

menelurusi rintangan dalam dunia fana.

____________________

Diviya Devaraj berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan rendah di SK Convent Bukit Mertajam dan pendidikan menengah di SMK Convent Bukit Mertajam. Beliau menamatkan pengajian dalam Program Pengajian Bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Diviya mempunyai minat membaca buku-buku berkaitan akademik dan ilmiah. Hasil tulisan beliau tersiar di Klik Web DBP dan antologi Peluru Aksara (2020).