Sembilan “Nama Baharu” Dalam Direktori Penulis


Usaha berterusan dilakukan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sejak 1999 untuk mengenal pasti penulis kaum India yang pernah atau masih aktif menghasilkan karya Bahasa Malaysia, khususnya karya kreatif.

Antara penulis yang terlibat dalam Sastera Kebangsaan pada tahun 1960-an dan 1970-an ialah Ignatius Dev Anand, G. Soosai, Joseph Selvam, N. S. Maniam, Belaetham K, dan S. Nathesan.

Bermula tahun 1985, semakin ramai generasi muda kaum India mula terlibat dalam bidang penulisan Bahasa Malaysia. Malangnya, majoriti termasuk kategori “penulis yang hilang”.

Pada tahun 1990, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerbitkan Direktori Penulis Malaysia yang memuatkan maklumat ringkas sejumlah 1,294 pengarang pelbagai kaum. Kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh Fatimah Zahrin Mohd. Taib dan Hadijah Sani Ahmad selaku penyusun direktori termasuk:

1. Mereka yang mempunyai tidak kurang daripada dua karya yang pernah diterbitkan dalam majalah, akhbar, buku ataupun antologi.

2. Karya-karya mereka mestilah ditulis dalam Bahasa Malaysia.

Direktori ini yang diusahakan secara gigih sejak tahun 1986 — zaman tanpa e-mel dan Internet — turut memuatkan maklumat ringkas Belaetham K dan Joseph Selvam.

Siapakah Mereka?

Sembilan lagi “nama baharu” ditemui dalam Direktori Penulis Malaysia yang hanya sampai ke tangan saya pada 4 November 2020. Saya menggunakan frasa “nama baharu” kerana nama-nama itu serta karya Bahasa Malaysia yang mereka hasilkan tidak ditemui sepanjang saya melakukan kajian mengenai penglibatan penulis kaum India sejak tahun 1930-an dalam Sastera Melayu Moden dan Sastera Kebangsaan.

Rencana penuh boleh dibaca dalam buku Suvarna Bhumi (2022).

____________________

Uthaya Sankar SB
lahir dan membesar di Aulong Lama, Taiping, Perak, serta kini tinggal di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor. Beliau terlibat secara aktif dalam bidang penulisan sejak tahun 1991. Uthaya mengasaskan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang mengendalikan program bahasa, sastera, kebajikan, seni, dan budaya di seluruh negara sejak tahun 1999.