Aku terus membuat
pencariaan menggunakan halaman carian yang biasa. Begitu banyak maklumat yang
muncul. Tiba-tiba, aku terasa seperti aku diperhati. Apa sahaja yang aku ingin
cari muncul dalam sekelip mata.
Aku teringat perkara
yang aku bincang dengan kawanku tempoh hari. Kami berbincang untuk membeli
kipas siling. Teringin untuk menukar kipas lama yang berwarna putih kepada
kipas hitam yang menggunakan alat kawalan jauh. Semakin senang hidup, semakin
malas jadinya.
Petang itu, apabila
sampai di rumah, aku membuka telefon pintar. Aku terkejut. Laman jualan yang
popular itu memaparkan segala jenis kipas siling dalam pasaran. Sebenarnya, aku
baharu hendak menggunakan pencarian yang disediakan untuk memilih kipas yang
sesuai tetapi sebelum aku sempat berbuat demikian, semuanya sudah berada di
hujung jari.
Bukan itu sahaja, aku
juga pernah mencari resepi kegemaranku iaitu ayam masak merah. Macam-macam
resipi muncul dengan menggunakan ayam. Bukan sahaja resipi tempatan, malah
resipi antarabangsa juga. Aku mencari menggunakan Google, tetapi ia muncul di Facebook
juga.
Aku mencari dalam
komputer riba (laptop); dalam
komputer meja (desktop) pun muncul.
Mala,h dalam telefon pintar pun ada. Adui!
Oh tidak! Semuanya
berkait. Aku cari. Ia muncul. Buka semula. Muncul lagi. Macam-macam. Di sini
muncul. Di sana pun muncul. Aku rasa seperti ada sesuatu mengekori. Tidak
selamat. Semuanya sudah disusun sebegitu. Tiada jalan keluar. Sekali masuk,
habis semua maklumat diri.
Ini yang berlaku dalam
era teknologi. Teknologi tinggi yang mencuri segala-galanya. Tiada rahsia.
Segalanya diketahui semua. Hanya masa yang akan tentukan betapa kurang
selamatnya semua ini.
Jaga-jaga, anda
diperhati.
____________________