Lelaki Senja


Dia menggeletar dalam khayalan

angkara memori berdenyut

dan badai sendu berdebur

 

Senja mula tenggelam

dan mentari tidak lagi menyilau

betapa dia tersadar dalam hening

sehingga sukma berterbangan parah

 

Kudengar desah lelaki ini

menterjemahkan kasihnya

penuh resah dan renyah

ditemani kelopak berladung.

 

(Usah khuatir, engkau kuat)

____________________

Jaymani Sevanathan merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Karya beliau disiarkan di hampir semua majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Selangorkini, Jalan Telawi, The Malaysian Insight, Free Malaysia Today, Majalah Sains, Cukaria, Tukang Puisi dan sebagainya. Selain itu, karya beliau turut termuat dalam antologi Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020) dan Peluru Aksara (2020).