Pahlawan Kehidupan


Soalnya, kenapa ponggal disambut?

Hanya kepada Tuhan Matahari?

Biarlah kucerita kepadamu.

 

Setiap pekerjaan perlu dihargai,

Biar soal dulu hatimu,

Segenggam beras dihasilkan oleh siapa?

Pekerja ditemuinya ialah petani.

 

Sepenuh nafas berada di sawah,

Tanpa pedulikan kesihatan,

Meluangkan hidup di sawah,

Demi kesejahteraan rakyat serta negara.

 

Kepanasan, kelaparan, keletihan,

Tidak dikira di mana-mana saat,

Bersatu bekerja demi semua,

Tanpa mengira kaum.

 

Petani,

Mengibarkan satu-satunya bendera ikonik,

Di mana sahaja boleh dikibarkan,

Bendera “tiada kebuluran”.

 

Kini ramai remaja kehilangan pekerjaan,

Menjadi kuli di luar sana,

Jadilah petani di sini,

Nilaimu meningkat di luar sana.

 

Ponggal mengerti usahamu,

Terima kasih kepadamu,

Petani Oh Petani.

____________________


Nanthini a/p Nadarajan
lahir dan membesar di Taiping, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di SJKT YMHA dan SMK Convent Taiping. Nanthini seorang pendidik yang memperoleh ijazah sarjana muda perguruan (Pendidikan Khas Pemulihan) di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM). Beliau pernah berkhidmat sebagai guru ganti di SJKT Pondok Tanjung, Perak. Nanthini mempunyai minat membaca dan menulis karya sastera. Beliau menghasilkan buku bergambar kanak-kanak berjudul Kemanisan (2020). Karya bertajuk “Bukan Setakat Impian” termuat dalam antologi Aksara Inspirasi II (2020). Nanthini menyertai siri Ceramah Penulisan Menerusi Google Meet anjuran Kavyan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).