Tangaprabu: Usahawan Pendidikan


Tangaprabu Murthy
dilahirkan pada 13 Februari 199, di Taiping, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik dalam keluarga Murthy Veerapan dan Sarojini Govindasamy. Ayah belau penjawat awam pernah bekerja sebagai pekerja am di Jabatan Perkhidmatan Haiwan Taiping manakala emak pula seorang penjahit pakaian. Tangaprabu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan King Edward VII (1). Ikuti wawancara oleh Uthaya Sankar SB untuk mengetahui kisah lanjut usahawan muda ini.

Ceritakan serba sedikit latar pendidikan anda dan pengalaman anda sebagai remaja.

Saya pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII, Taiping. Sebagai remaja, saya mempunyai pengalaman yang cukup berbeza dengan orang lain. Sewaktu saya di alam persekolahan, rakan-rakan saya agak cemburu dengan kefasihan dan penguasaan saya dalam Bahasa Malaysia. Hal ini mungkin disebabkan latar belakang kelaurga saya yang sering menggunakan Bahasa Malaysia dalam perbualan harian di rumah.  Walau bagaimanapun, semua guru di sekolah mesra dengan saya kerana cara komunikasi saya berbeza dengan orang lain. Malah, sesetegah guru agak hairan kerana saya akan mendapat markah yang agak tinggi dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia walaupun saya bukan pelajar aliran sains (“kelas depan”). Hal-hal ini menyebabkan saya lebih minat dan bergiat aktif dalam segala persatuan, pertandingan yang berkaitan dengan Bahasa Malaysia. Saya juga bekerja sambilan sebagai tutor Bahasa Malaysia di sebuah pusat tuisyen selama 6 bulan sementara menunggu keputusan memasuki universiti. Saya mendapat kerja sambilan tersebut hanya kerana penguasaan Bahasa Malaysia yang dimiliki.

Apakah bidang pengajian anda di universiti (sarjana muda dan sarjana) dan mengapa anda membuat pilihan itu? Mungkin ada pihak yang menjadi sumber inspirasi?


Saya memilih bidang linguistik ketika melanjutkan pelajaran di menara gading. Saya sengaja meletakkan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dalam pilihan saya ketika memohon. Hal ini kerana saya ingin melihat pelbagai etnik di Bumi Kenyalang. Saya memilih bidang tersebut kerana minat saya terhadap Bahasa Malaysia. Sumber inspirasi saya ialah guru tuisyen saya. Beliau kaum India dan mengajar Bahasa Malaysia. Cara penyampaian dan penguasaan bahasa itu menarik minat saya untuk mengambil bidang linguistik dengan harapan saya juga akan menjadi seorang warga pendidik suatu hari nanti. 
Pegajian sarjana pula lain ceritanya. 

Wawancara penuh boleh dibaca dalam buku Kisah Sasterawan Kavyan (2022).

____________________

Uthaya Sankar SB
lahir dan membesar di Aulong Lama, Taiping, Perak, serta kini tinggal di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor. Beliau terlibat secara aktif dalam bidang penulisan sejak tahun 1991. Uthaya mengasaskan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang mengendalikan program bahasa, sastera, kebajikan, seni, dan budaya di seluruh negara sejak tahun 1999.