Susan Thomas Mathew berasal dari Dengkil, Selangor. Setelah berkahwin, beliau berpindah ke Banting. Beliau mempunyai seorang anak lelaki. Susan graduan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah di Banting. Aromas by Suzee adalah hasil perkongsian idea bersama suami di mana si suami yang memberi idea nama bagi perniagaan itu. Anuradha Chelliah mewawancara Susan untuk mendapat tahu lebih lanjut mengenai perusahaan ini.
Anda seorang guru yang sangat
berpengalaman. Apakah yang membuatkan anda menceburi bidang ini?
Saya memang berminat dalam
bidang perniagaan sejak dahulu. Saya juga sangat berminat dengan sabun, lilin
dan wangian yang dibuat di rumah kerana barang-barang ‘homemade’ selalunya bebas daripada bahan-bahan kimia yang berbahaya.
Saya suka membeli barangan seperti haruman dan lilin dari luar negara dan harganya
sangat mahal. Justeru, saya bertekad untuk belajar membuat barang-barang ini untuk kegunaan sendiri. Saya juga berkongsi apa
yang saya buat dengan kawan-kawan dan ahli keluarga. Setelah mencuba, mereka
mengesyorkan supaya saya menjual hasil buatan saya kepada orang lain. Inilah
sejarah permulaan Aromas by Suzee.
Adakah anda mengikuti kursus-kursus yang
berkaitan sebelum menjadi seorang pengusaha sabun organik dan lilin beraroma? Apakah
tempoh bagi satu-satu kursus?
Saya tidak pernah mengikuti
apa-apa kursus. Saya belajar sendiri. Saya juga pernah berbincang dengan
beberapa orang yang mengusahakan produk ini dari luar negara. Mereka memberi sedikit
tunjuk ajar untuk saya memperbaiki hasil saya.
Bagaimanakah penglibatan kaum India
dalam bidang ini?
Setahu saya, tidak ramai kaum India yang menceburi bidang
pembuatan sabun dan lilin beraroma.
Apakah reaksi pelanggan anda terhadap produk
yang anda hasilkan?
Pelanggan saya sangat
menyukai produk yang saya hasilkan. Ramai yang menempah barangan saya untuk
dijadikan hadiah atau pemberiaan semasa majlis perkahwinan dan rumah terbuka. Ada
juga yang menghubungi saya untuk menyediakan hantaran istimewa sempena hari
ibu, hari lahir, upacara lenggang perut atau untuk pengantin baharu. Aromas by Suzee menjadi pilihan kerana
bahan-bahan yang digunakan adalah bahan semula jadi.
Cuba ceritakan secara ringkas cara
pembuatan sabun dan lilin serta tempoh yang diambil untuk penghasilannya.?
Sabun boleh dihasilkan dalam
masa satu hari tetapi ia mengambil masa 4 minggu untuk proses ‘curing’
di mana sabun tersebut akan bertindak balas untuk menjadi sebuku sabun yang
baik. Lilin juga boleh dihasilkan dalam masa 1 hari dan lilin pula perlu masa 1
minggu untuk proses ‘curing’. Proses ini menghasilkan lilin yang
mempunyai haruaman yang kuat dan kualiti yang baik.
Bagaimana anda membuat promosi untuk
produk yang dihasilkan?
Saya ada Instagram,
Facebook dan juga sebuah kedai di pelantar
Shopee. Ini membantu saya
mempromosikan barangan saya. Saya juga mengambil bahagian dalam bazar-bazar yang
diadakan semasa musim perayaan dan cuti sekolah.
Harapan saya adalah untuk membuka sebuah kedai kecil secara
fizikal selepas saya bersara dan juga untuk membuat orang ramai sedar tentang kepentingan
menggunakan barangan yang bebas daripada bahan kimia. Secara tidak langsung ini
membantu menyeimbangkan persekitaran kita. Ahli keluarga saya sangat memahami
dan menyokong saya dalam perniagaan saya ini. Kepada sesiapa yang berminat
untuk membeli barangan saya, boleh melawat Aromas
by Suzee di Shopee.
____________________