Aku dan Yoga

 

Yoga

gabungan mental dan fizikal

dengan adunan yang sesuai

memberi keupayaan luar biasa

terhadap

ketahanan mental dan fizikal

aku dan kau

sesiapa sahaja

di sini dan di mana jua

segalanya berlaku dengan

kemampuan diri

kebolehan diri

keinstimewaan diri

yang sehingga kini

hanya dianggap

cabaran

pertikaian

persaingan

pergolakan

dalam diri

yang tidak dapat dirungkai

tetapi semua dituntas

dengan yoga

bersamaku.

____________________

Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di tempat kelahiran sebelum meneruskan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Pembangunan Manusia dan Sarjana Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kini, Anuradha berkhidmat sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Sri Langat, Banting. Puisi, esei, dan cerpen beliau termuat dalam antologi Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), Peluru Aksara (2020), Meredah Kabus (2021), dan Serpihan Memorabilia 2020: Suara (2021). Karya beliau turut tersiar di Eksentrika dan Dewan Budaya.