Kaum India dalam Cerpen: Bahagian 2

Antologi Meredah Kabus (2021) turut memuatkan sebuah cerpen oleh penulis baharu, Durgadewi Anamaili. Cerpen bertajuk “Hasrat yang Terluka Parah” sarat dengan pelbagai aspek yang menggambarkan realiti budaya dan gaya hidup kaum India di Malaysia.

Watak Manggai lahir dan membesar di Estet Victoria, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Malah, ibu bapa Manggai “masih bekerja sebagai kuli di estet tersebut”.

Menurut berita di akhbar Malaysia Nanban pada Jun 2013, sekumpulan bekas penduduk ladang itu mengadakan tunjuk perasaan kerana tidak menerima rumah kos rendah yang dijanjikan pemaju, 39 tahun sebelum itu.

Ternyata Estet Victoria yang disebut dalam cerpen benar-benar wujud, tetapi tidak pasti jika masih ada “kuli” (pekerja) kaum India di ladang berkenaan. Tambahan pula, sejak tahun 1980-an, ramai pekerja estet terpaksa keluar apabila ladang dijual kepada pemaju. Realiti ini terakam dalam banyak buku kajian dan juga karya fiksyen Tamil.

Watak-watak dalam cerpen ini berketurunan Tamil dan bahasa ibunda ialah Tamil. Cerpen Sasterawan Kavyan yang ketara mengetengahkan watak keturunan Tamil tidaklah menghairankan kerana lebih daripada 85% kaum India di Malaysia berketurunan Tamil.

[Ulasan penuh dalam Kumpulan Esei SB]

____________________

Uthaya Sankar SB lahir dan membesar di Aulong Lama, Taiping, Perak, serta kini tinggal di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor. Beliau terlibat secara aktif dalam bidang penulisan sejak tahun 1991. Uthaya mengasaskan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang mengendalikan program bahasa, sastera, kebajikan, seni, dan budaya di seluruh negara sejak tahun 1999.