Kaum India dalam Cerpen: Bahagian 3

Antologi Meredah Kabus (2021) memuatkan dua cerpen oleh Rekka Baskaran. Hasil pembacaan, saya mendapati kedua-duanya kaya dengan unsur yang menggambarkan realiti dan identiti budaya kaum India di Malaysia.

Dalam cerpen “Andai Itu Kehendaknya”, watak Danisha bukan sahaja menggunakan istilah Tamil appa apabila merujuk kepada bapanya, Kumar, malah selepas kemalangan, gadis itu digambarkan “merintih pilu, menyeru ayahnya dalam bahasa Tamil”.

Hal ini menunjukkan pemaparan identiti keturunan Tamil yang bahasa ibundanya ialah bahasa Tamil. Walaupun karya ini ditulis menggunakan Bahasa Malaysia, penulis masih mampu mengetengahkan unsur budaya komunitinya. Langkah ini perlu bagi memperkaya khazanah Sastera Kebangsaan seperti diimpikan sejak tahun 1971.

Apabila unsur budaya dimasukkan dalam cerpen, perlulah dilakukan secara kreatif dan penuh seni supaya karya tidak bertukar menjadi seperti sebuah esei mengenai unsur budaya berkenaan. 

[Ulasan penuh dalam Kumpulan Esei SB]

____________________

Uthaya Sankar SB lahir dan membesar di Aulong Lama, Taiping, Perak, serta kini tinggal di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor. Beliau terlibat secara aktif dalam bidang penulisan sejak tahun 1991. Uthaya mengasaskan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang mengendalikan program bahasa, sastera, kebajikan, seni, dan budaya di seluruh negara sejak tahun 1999.