Penulis Kaum India dan Sokongan Masyarakat

Mungkinkah sikap khalayak pembaca dan masyarakat yang tidak menyokong dan tidak membaca karya Bahasa Malaysia oleh penulis kaum India boleh mematahkan semangat mereka untuk terus menulis?

Topik ini wajar dibincangkan kerana turut dikemukakan sebagai salah satu alasan sewaktu saya menjalankan soal selidik secara dalam talian pada Mei 2021. Khabarnya, apabila tiada sambutan bagi karya Sasterawan Kavyan, maka kaum India secara umum kurang berminat untuk menghasilkan karya Bahasa Malaysia.

Bagi membincangkan topik ini secara lebih mendalam, pada awal Julai 2021, saya sempat mewawancara sembilan responden yang menawarkan diri untuk ditemu bual menerusi pelantar Google Meet.

“Kalau seseorang mengatakan khalayak pembaca dan masyarakat tidak menyokong atau tidak membaca karya mereka, timbul pertanyaan: Karya yang keberapakah itu?”

Demikian pertanyaan Anuradha Chelliah yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia dan Inggeris. Pada pandangan beliau, jika baru karya pertama atau kedua tersiar, masih terlalu awal untuk mengatakan masyarakat tidak menyokong dan tindak membaca karya penulis itu.

____________________

Harap maklum bahawa esei penuh dimasukkan dalam Kumpulan Esei SB (2022)