Tiada Ruang Untuk Penulis Kaum India?

“Anggapan bahawa penulis bukan Melayu tidak bisa menulis sebaik penulis Melayu mungkin benar pada ketika ini [1970-an]. Tetapi anggapan ini jua yang mematikan usaha ramai antara bakal penulis di kalangan bukan Melayu.”

Demikian dinyatakan pengetua SM Tun Tuah, Melaka, K. Narayanasamy dalam kumpulan puisi Joseph Selvam berjudul Dalam Sinar Matamu (1975).

“Akhbar dan majalah yang luas sebarannya jarang menggalakkan usaha penulis bukan Melayu yang baru ingin mencuba,” katanya.

Komen dan maklum balas hampir serupa diterima menerusi soal selidik yang dilakukan pada Mei 2021.

“Akhbar, majalah, dan penerbit tidak memberi ruang dan peluang kepada kaum India mengirim karya.”

Benarkah pandangan dan tanggapan di atas? Pada awal Julai 2021, saya mewawancara beberapa responden yang turut mengisi borang soal selidik. Maklum balas yang diterima amat menarik.

____________________

Harap maklum bahawa hasil wawancara itu sudah dimasukkan dalam Kumpulan Esei SB (2021)