Hari Bapa Sedunia

Bapa mendidikku supaya berani

Berani menempuh keperitan hidup

 

Bapa mengajarku supaya gigih

Gigih berusaha melanjutkan pelajaran

 

Bapa meneguriku supaya beradab

Beradab sesama manusia sejagat

 

Bapa memarahiku supaya bersopan

Bersopan santun dengan cara pemakaian

 

Bapa memberiku ilmu

Ilmu supaya berjaya dalam hidup

 

Bapa menasihatiku supaya berjaga-jaga

Berjaga-jaga dengan binatang buas

Binatang buas bertopengkan manusia

 

Itulah jasa seorang Bapa

Mendidik seraya mencelikkan anaknya

 

Malangnya Bapaku tiada ketika

Saat-saat aku memerlukannya

 

Tetapi nasihatnya, masih tersemat

Di dada dan kini giliran aku pula

Mengulangi setiap kata-kata bapaku

Kepada cucu-cucunya

 

Teguran dan nasihat yang berulang

Berulang dengan penuh semangat

Agar menjadi pedoman hidup

 

____________________


Pachimah Sunthari Satiaraj
dilahirkan di Kalumpang Estate, Selangor. Beliau bersekolah di Methodist English School, Tanjong Malim, Perak. Pachimah seorang graduan LLB (University of London) tetapi tidak pernah berkecimpung dalam bidang perundangan. Beliau pernah menjadi penolong pengurus jabatan di sbeuah syarikat Jepun membuat keputusan untuk mengambil tawaran Voluntary Separation Scheme (VSS). Pada 2019, Pachimah menceburi bidang yoga secara serius dan kini menjadi guru tuisyen dan guru yoga.