Selepas Lima Tahun

Melihat nombornya di kumpulan WhatsApp tuisyen mendebarkan jantung Meera. Kenangan bersamanya mengimbas kembali di mindanya. Mahu bercakap dengannya. Suaranya sentiasa didengari apabila kenangan bersamanya diingati. Tetapi, adakah dia juga sama seperti Meera?

Itulah soalan yang sentiasa berputik di akalnya setiap kali mengingati tentang rakannya. Rakan karibnya. Selvi. Rakan yang setia bersamanya. Tetapi, hari ini …

Sudah lima tahun, tiada perkembangan dalam persahabatan antara dua insan ini. Meera sentiasa mencari nombor Selvi apabila mendapat peluang. Tetapi kali ini, peluang untuk persahabatan mereka berputik berada di tangan Meera. Meera sedang berfikir. Persahabatan antara mereka masih seperti dahulukah?

Atau sudah berubah? Adakah Selvi masih boleh menerima Meera di dalam kehidupannya ? Selepas kesalahan yang Meera lakukan? “Tetapi apakah kesalahan saya?” fikiran Meera sentiasa terganggu setiap kali mahu mencari jawapan bagi soalan yang diputikkan oleh akalnya sendiri.

Meera ditenggalami oleh kegelisahan. Adakah itu kegelisahan? Atau dirinya berasa bersalah? Bagaimana hendak jawab bagi soalan yang akan diutarakan oleh rakannya, Selvi? Hanya Dia yang tahu.

Selapas beberapa hari mengadakan perang antara hati dan akalnya, hatinya yang menang. Mahu tahu adakah Selvi masih mahu berkawan dengannya. Mahu tahu adakah Selvi masih sayang dengannya seperti dahulu.

“Hi. Ini Meera.” Dia menaip dan menghantar kepada rakannya secara peribadi. Selepas beberapa minit, bibirnya menguntum senyuman. Selvi membalas menghantar mesej kepada Meera sebagai balasan. Tidak sangka rakan karibnya membalas mesejnya. menghantar balasan. Ingatkan Selvi akan mengabaikan mesejnya.

“Apa khabar, Selvi?” tanya Meera.

“Baik.” Mesejnya terlalu ringkas tetapi dapat menyejukkan hati Meera. Bukankah mesejnya yang ringkas itu cukup untuknya?

“Mengapa secara tiba-tiba?” tanya Selvi.

“Sudah 5 tahun, kita tidak bercakap sebab itu saya mahu bercakap dengan kamu,” mesej Meera.

“Oh, sebenarnya sudah 5 tahun kita tidak bersua. Sebenarnya saya mahu tanya apakah yang berlaku antara kita berdua?” soalan yang ditanya oleh Selvi cukup mengejutkan Meera.

Bukankah ini adalah soalan yang Meera mahu tanya kepada Selvi?

“Bolehkah saya menelefon kepada kamu/” tanya Meera.

Detik berikutnya, dia mendapat panggilan daripada rakannya. Keinginan yang dia mahukan itu dikabulkan oleh Selvi.  Itu sudah cukup untuk mereka berdua untuk memastikan persahabatan mereka masih sama.

“Se – Se – Selvi.” Meera tergagap menyebut nama Selvi kerana dapat dengar suara rakannya selepas beberapa tahun.

“Meera,” suara Selvi yang berbunyi seperti burung bersenandung cukup membanjiri mata Meera. Tanpa disedari, air mata mengalir seperti sungai yang deras. Ini adalah suara yang mahu dengarnya selama 5 tahun. Akhirnya, dapat juga dengar suaranya. Tuhan yang Maha Mulia mengabulkan hajatnya.

“Meera, apa yang terjadi antara kita berdua?” tanya Selvi.

“Ini adalah soalan yang harus saya tanya kepada kamu, Selvi.” Balasan Meera mengejutkan Selvi. “Selvi, lupa apa yang berlaku. Yang penting, kita masih berkawan. Bukankah ini adalah pernyataan yang betul, Selvi?”

“Apa yang saya lalui setelah ketiadaan kamu sangat sukar bagi saya. Saya ... saya berasa takut, Meera. Takut. Takut menjadi kawan lagi.”

Kata-kata Selvi cukup mematahkan Meera. Terasa hajat yang dikabulkan oleh-Nya menjadi luka di hatinya.

“Bukan kamu sahaja yang lalui jalan yang berduri itu, Selvi. Saya pun. Tanpa tahu apakah yang berlaku antara kita berdua,” suara Meera jelas memberitahu tentang kesakitan yang dilaluinya selepas berpisah dengan rakannya.

“Meera, kamu menangiskah? Jangan Meera. Jangan. Tolong jangan menyakitkan hati saya dengan tangisan kamu,” sebak Selvi.

“Selvi, apa yang berlaku antara kita bukan kesalahan kita. Fahamkan kenyataan ini. Walaupun saya mempunyai ramai rakan tetapi percayalah awak yang saya ingatkan setiap kali saya bersama berdua dengan mereka,” kata Meera.

“Meera, saya pun sama. Tetapi keadaan saya berbeza dengan kamu. Saya takut bergaul dengan rakan sekelas saya. Memang mengambil masa bagi saya untuk bergaul dengan mereka. Mungkin perpisahan persahabatan kita memberi luka yang mendalam kepada saya.”

Kata-kata yang Selvi utarakan membuatkan Meera rasa bersalah.

“Selvi, maafkan saya .”

Kata-kata maaf Meera mencairkan hati Selvi.

“Meera, tidak perlu. Tidak perlu meminta maaf kepada saya,” kata Selvi. “Jangan membuatkan hati saya bersalah, Meera.”

“Baiklah. Saya tidak akan menangis,” kata Meera.

Selepas beberapa jam berbual bergaul dengan Selvi, Meera meletakkan telefonnya.

Hembusan nafasnya menunjukkan kepuasan hatinya. Gurau senda mereka selepas 5 tahun menceriakan hatinya. Sekarang Meera faham kenyataan. Mungkin kerana inikah persahabatan mereka diuji? Supaya mereka dapat tahu maksud persahabatan yang sebenar dan mendalam. Tidak sangka jalan yang bernama persahabatan yang dulunya berduri berubah kepada jalan yang berbunga dan hanya dipenuhi dengan kegembiraan.

Meera sendiri tidak pasti adakah dia dapat melelapkan mata. Tetapi, dia pasti dia akan menemani bulan yang mencerahkan kegelapan seperti kejadian hari ini yang mencerahkan persahabatan mereka. Persahabatan yang tiada halangan selepas 5 tahun.

____________________

Aishnavi a/p K. Vijayan dilahirkan di Kuala Lumpur dan membesar di Tanjung Sepat, Selangor. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Sri Langat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Sepat. Aishnavi ada minat membaca dan menulis karya Bahasa Malaysia dan Tamil. Beliau ingin mencungkil kebolehan menghasilkan karya pelbagai genre. Baca karya Aishnavi [di sini].