Semua kejayaan perlulah melalui cabaran yang lebih susah tetapi kita mestilah tidak berputus asa untuk berjaya. Begitulah kehidupan Amy Vanessa. Amy Vanessa ialah seorang yang melalui kehidupan yang sangat susah dan penuh dengan kesedihan serta kesakitan. Namun, dia tidak pernah berputus asa untuk berjaya.
Bapa
Amy seorang penagih dadah dan selalu mendera Amy sejak dia berusia lima tahun
dengan menuang air panas dan memukul Amy dengan sebatang kayu kerana mengalami
stres apabila tiada wang untuk membeli dadah.
Ibu
Amy pula telah meninggal dunia semasa Amy baru berumur lima tahun akibat
kemalangan jalan raya. Amy selalu bekerja keras untuk mencari makanan sebagai
pengutip sampah, kotak dan plastik.
Pada
suatu hari, semasa Amy mengutip kotak, Amy terjumpa seorang guru. Guru itu
menghampiri Amy dan bertanya, “Awak seorang pelajarkah?”
Amy
terkejut lalu mengangguk-angguk. Guru itu hendak membantu Amy, jadi guru itu
bertanya bagaimanakah kehidupan Amy. Amy memberitahu guru itu suasana
kehidupannya.
Guru
membuat aduan kepada polis tentang bapa
Amy lalu polis pun menangkap bapa Amy dan memenjarakannya. Guru itu mengambil
keputusan untuk membantu Amy lalu membawa Amy ke Cheras, Kuala Lumpur.
Nama
guru itu ialah Ally. Cikgu Ally menjaga 10 orang kanak-kanak daripada keluarga
berpendapatan rendah. Cikgu Ally hendak mengubah kehidupan Amy, jadi Cikgu Ally
memberi Amy kaunseling, mengajar kelas bimbingan dan mengajar aktiviti karate
tetapi keadaan Amy kerap terumbang-ambing kerana Amy mudah terjatuh kepada godaan.
Tetapi, cikgunya tidak berputus asa dan terus mendidiknya.
Setelah
beberapa tahun berlalu, Amy menjadi lebih matang dan mula mengubah perangainya.
Akhirnya dia berjaya mendapat 10 A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Amy juga memenangi banyak pingat dalam pertandingan karate dan juga
memperolehi tali pinggang hitam dalam karate.
Cikgu
Ally berasa sangat bangga melihat kemajuan Amy. Cita-cita Amy ialah menjadi
seorang pakar forensik yang berjaya. Amy pun melanjutkan pelajaran dalam bidang
perubatan di Universiti Perubatan Manipal dan menjadi graduan. Setelah memenuhi
keperluan sebagai doktor, Amy membuat pengkhususan dalam bidang forensik.
Setelah
menjadi seorang pakar forensik, Amy tidak melupakan jasa gurunya dan telah
memberi penghargaan sewajarnya. Walaupun telah berjaya dalam hidup, Amy tetap
bersikap rendah diri dan tidak melupakan masa silamnya. Amy juga membantu
pelajar-pelajar yang kurang kemampuan dan membantu mereka memajukan diri mereka
seperti yang telah dilakukan oleh Cikgu Ally.
Kini,
apabila teringat akan kehidupannya pada masa dahulu, tiada lagi air mata yang
mengalir kerana Amy sangat bersyukur dengan apa yang ada dan tidak membazir
masa mengenang masa lampau yang sudah berlalu. Pengalamannya menjadikan Amy
lebih berwaspada dan kental menghadapi kehidupan.