Pokok sena tepi kuburan,
Anak kuda di tanah Jawa;
Kalau pena sudah di tangan,
Usah ada gentar di jiwa.
Anak muda duduk di beranda,
Guna berus warnakan muka;
Andai ada cerita di minda,
Tulis terus janganlah leka.
Makan tauhu disapu kaya,
Cecah kicap jenama badak;
Jika mahu terus berkarya,
Kurang cakap banyak bertindak.
Oleh: Uthaya Sankar SB