“Aunty, jumlah semua sembilan puluh sembilan ringgit, lima puluh sen.”
“Haiya! Baru beli sikit barang sudah mahal ini macamkah?”
“Apa boleh buat, aunty?
Zaman sekarang semua barang sudah naik harga. Tak boleh buat apa-apa. Ini baki
lima puluh sen.”
“Saya kasi satu
ratus ringgit, ah mui awak pulang lima puluh sen. Hmm … ah mui tunggu apa lagi?
Tak ada masuk barang dalam beg plastik?”
“Aunty tak
tahukah, sekarang kedai kita sudah tak bagi beg plastik.”
“Bukan hari Sabtu
dan Ahad saja, meh?”
“Sekarang
hari-hari pun sudah tak bagi beg plastik, aunty.”
“Saya bagi dua
puluh sen satu beg.”
“Aunty,
kedai ini sudah masuk ke bulan enam tak bagi lagi beg plastik.”
“Jual pun tak
adakah?”
“Ada tapi itu beg recycle,
yang besar punya. Dua ringgit.”
“Haiya!
Lagi mahu kasi dua ringgitkah? Banyak mahal loo!”
“Tak ada mahal, aunty.
Baru dua ringgit sahaja.”
“Awak cakap tak ada
mahal. Dua ringgit pun wang juga mah.”
“Aunty,
cepat, aunty. Belakang ramai pelanggan sedang tunggu, mahu bayar.”
“Saya tak tahu.
Itu bukan hal saya. Saya mahu beg plastik.”
“Mana ada, aunty?”
“Itu laci kasi buka, mesti
ada punya. Jangan tipu saya!”
“Mana ada? Tak
ada, aunty. Ada beg kitar semula sahaja. Aunty
belilah, baru dua ringgit sahaja.”
“Mana ada undang-undang
macam ini? Lu orang tipu pelanggan.”
“Mana ada tipu, aunty?
Ini arahan dari pihak atasan. Kami ikut sahaja, aunty.”
“Mana lu punya manager? Panggil dia mari!”
“Aunty, pelanggan di belakang semua sudah
bising, aunty tak dengarkah?”
“Itu saya tak
tahu. Dia orang bising, dia orang punya hal. Saya punya hal sekarang, saya mahu
beg. Itu beg kasi saya free, masuk
semua barang dalam beg!”
“Mana boleh, aunty.
Beg ini dua ringgit sahaja.”
“Lu berapa kali cakap pun saya tak mahu kasi
wang!”
“Adui! … Apa saya
boleh buat ni? Kenapalah saya dapat pelanggan macam ini, hari ini.”
“Apa lu cakap?”
“Tak ada apa,
aunty.”
“Cepat panggil
awak punya manager, mari kasi kautim!”
“Pengurus sudah keluar,
aunty.”
“Manager tak ada, panggil awak punya supervisor
mari kautim!”
“Penyelia saya baru pergi solat.”
“Haa … apa?”
“Dia sembahyang.”
“Saya tak tahu.
Saya mahu beg! Sayaaaa maahuuuuu beg!!!”
“Okey, aunty.”
“Macam mana okey?”
“Saya bayar untuk aunty.”
“Lu tak payah bayar. Lu ingat saya tak ada wang?”
“Adui, aunty
ini. Pening aku dibuatnya.”
“…”
“…”
“Nah, aunty!
Saya masuk semua barang dalam beg. Aunty
tak payah bayar duit beg.”
“Lu pun jangan bayar. Biar tauke lu
bayar.”
“A … ah. Okey. Adoi.”
“Haa … apa?
“Tak ada apa, aunty.”
[M.
Mahendran dilahirkan di Bentong, Pahang. Beliau berkecimpung dalam bidang
penulisan cerpen Bahasa Malaysia dan Tamil sejak tahun 1987. Cerpen Mahendran
termuat dalam antologi seperti Menara (1988), Menara 4 (1991), Tanpa
Mengira Warna (1993), Vanakam (2002), Segugus
Aksara Sealur Kasih (2003), Busana
Bahasa (2019), Landasan
Hidup (2020), Peluru
Aksara (2020), dan Lakaran
Diri (2022). Kumpulan cerpen Mimpi
dan Impian (2013) merupakan terjemahan dalam Bahasa Malaysia yang dilakukan
oleh beliau untuk penulis veteran Tamil, mendiang M. Ramaiah. Karupaya (2018) adalah
kumpulan cerpen sulung Mahendran dalam Bahasa Malaysia manakala Thalaivar
(2021) kumpulan cerpen Tamil. Mahendran salah seorang pengasas Kumpulan
Sasterawan Kavyan (Kavyan) pada
tahun 1999 dan beliau dipilih memegang jawatan pengerusi pada tahun 2023. Sila klik di sini untuk
lebih banyak karya Mahendran.]