Di sebuah kampung bernama Kampung Timun, tinggal seorang pelajar berumur 14 tahun bernama Kuventhiran. Kuventhiran ialah seorang yang malas dan selalu bermain permainan video sambil berbaring di sofa. Ibunya yang bernama Rani sangat risau dan cuba melakukan sesuatu untuk mengubah perangai Kuventhiran semula seperti dahulu. Dulu Kuventhiran seorang yang rajin dan merupakan pelajar cemerlang di sekolah dan juga pelajar yang aktif sebelum dia mendapat telefon bimbitnya.
Sekarang
dia sudah menjadi ketagihan gajet. Semakin lama, Kuventhiran semakin bertambah
gemuk dan semakin menggilakan permainan video. Setelah beberapa minggu, suami
Rani iaitu Param berjumpa seorang guru yang mempunyai pengalaman selama 35
tahun dalam bidang pengajaran dan beliau juga seorang jurulatih karate. Guru
itu bernama Arasi.
“Puan
Arasi, anak saya seorang ketagihan gajet, dia memerlukan sesuatu aktiviti
seperti karate untuk mengalihkan
perhatiannya daripada gajet,” kata Param kepada Puan Arasi.
“Baiklah,
Param. Selepas ini hantar Kuventhiran pada hari Sabtu ke kelas karate saya,”
kata Puan Arasi.
Seterusnya,
setelah dua bulan, Puan Arasi mendapat tahu bahawa Kuventhiran mempunyai bakat
dalam aktiviti karate. Tiba-tiba Kuventhiran tidak hadir ke kelas selama dua
minggu. Apabila Puan Arasi bertanya kepada Param dan Rani, mereka memberitahu
bahawa Kuventhiran sudah mula kembali menyentuh telefonnya.
“Mulai
hari ini, rampas gajetnya dan hantar Kuventhiran ke rumah saya supaya dia tidak ketagihan
gajet,” kata Puan Arasi kepada Param.
Kuventhiran
merajuk dengan ibu bapanya kerana mereka telah merampas gajet dan menghantarnya
ke rumah Puan Arasi. Setelah beberapa minggu, Kuventhiran mula menunjukkan
perkembangan yang baik. Selain itu, Kuventhiran juga dapat mengurangkan berat
badannya. Pada detik itulah ibu bapa Kuventhiran sedar bahawa di situlah tempat
yang paling sesuai untuk Kuventhiran.
Oleh
itu, Param dan Rani membuat keputusan
untuk membiarkan Kuventhiran di rumah Puan Arasi sehingga dia menamatkan Tingkatan
5. Kuventhiran pun setuju dengan kuputusan ibu bapanya kerana dia mahu mengubah
perangainya dan mahu menghabiskan peperiksaan SPM serta mengetahui apakah
cita-cita yang paling sesuai untuknya.
Setelah
Kuventhiran tinggal di situ, dia ditegur oleh Puan Arasi kerana
tabiat-tabiatnya yang kurang proaktif. Kuventhiran belajar untuk menyelesaikan
tugasan rumahnya secara berdikari. Dia juga mula mengamalkan pemakanan seimbang
dan bersenam pada setiap hari.
Kuventhiran
cepat mempelajari segala-galanya dan menjadi lebih aktif. Sekarang, Kuventhiran
menjadi seorang pelajar yang rajin dan pandai serta mencapai markah tinggi dan
cemerlang dalam peperiksaan.
Pada
setiap bulan, Kuventhiran menziarahi ibu bapanya. Param dan Rani sangat gembira
melihat perubahan positif pada diri anak mereka.
“Kuventhiran
pulanglah ke sini, kamu sudah berubah, bukan?” Rani mencadangkan.
“Mak,
saya tidak mahu pulang selagi saya mengetahui cita-cita saya yang sesuai. Saya
juga mahu menduduki peperiksaan SPM,”
kata Kuventhiran kepada ibunya.
Selepas
itu, Kuventhiran mengulang kaji setiap hari sebagai persediaan menduduki
peperiksaan. Pada suatu hari, apabila Kuventhiran sedang mengulang kaji mata pelajaran
Sains tentang Alam Semesta, dia tertarik dengan keajaiban alam semesta.
Pada
masa itu, Kuventhiran telah menyedari bahawa dia sangat teruja dengan bidang
angkasa lepas. Dia bercita-cita menjadi
seorang angkasawan.
Masa
berlaku dan tibalah masanya untuk
Kuventhiran menduduki peperiksaan SPM. Setelah Kuventhiran menduduki
peperiksaan, dia sangat bangga dengan pencapaiannya.
Keputusan
pun tiba dan Kuventhiran membawa ibu bapanya ke sekolah untuk mengambil sijil SPM. Apabila
Kuventhiran menerima keputusannya, dia menitiskan air mata kerana mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 9A.
Param
dan Rani sangat gembira dengan pencapaian anak mereka. Kuventhiran sangat
berterima kasih kepada Puan Arasi kerana beliau mendidiknya hingga berjaya.
Kuventhiran
membawa beg-begnya ke asrama di Universiti Sains Malaysia (USM). Dia berjalan
dengan penuh tekad dan bersemangat untuk memulakan perjalanan baharu di menara
gading ke arah mencapai aspirasinya.
Kirthigan Pandian lahir pada tahun 2009. Beliau seorang pelajar di SMK Yaacob Latif dan telah menamatkan sekolah rendah di SK Seri Cheras. Kirthigan juga seorang pelajar yang rajin dan suka mencuba perkara-perkara baharu. Remaja ini banyak terlibat dalam program bahasa dan sastera anjuran Kavyan seperti persembahan drama Megha Duta (2023) dan acara baca cerpen. Selain itu, Kirthigan juga menyertai sesi Lepak Menulis Cerpen di Anak Baba (2023).