Dugaan


Cukup teratur dan tersusun

perancangan penuh teliti

dari awal hingga ke saat yang ditunggu-tunggu

ditulis, dibincang, dibawa bicara

diperdebat, ditulis dan dirancang semula

semuanya diberi keutamaan

kalau bukan pelan A, pelan B pula

minggu yang ditunggu

hari yang dinanti

detik yang mencabar

tiba.

penuh debaran

segalanya dinanti dengan penuh harapan

segala dugaan diharungi

tetap akan dilaksana walau kau tiada

di situ.

dugaan hidup manusia biasa

 

[Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Banting sebelum meneruskan pengajian dalam jurusan Sarjana Muda Pembangunan Manusia dan seterusnya Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Anuradha aktif menulis sejak 2016 dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. Karya beliau termuat dalam pelbagai antologi seperti Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), Peluru Aksara (2020), dan Lakaran Diri (2022).  Anuradha merupakan bendahari Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan). Tulisan beliau di portal Sastera Kavyan boleh dibaca di sini.]